𝐑𝐞;𝐯𝐞𝐧𝐠𝐞 5

18.3K 1.2K 104
                                    

Elsa hanya duduk diam tidak berkutik di dalam kereta yang dipandu oleh Asyraf. Sepasang matanya memandang ke arah luar sahaja. Asyraf juga turut sama diam menumpukan perhatian untuk memandu.

Tak lama kemudian, Asyraf berdehem perlahan.

"Awak nak pergi mana dulu?" Asyraf bertanya sekadar menghilangkan kejanggalan antara mereka.

"Erm... Saya ikut je." Elsa meramas dan mengenggam jarinya sesama sendiri. Entah kenapa dia berasa gemuruh dengan lelaki ini.

"Kita pergi pasar dulu then kita ronda-ronda kampung ni, boleh?"

"Err... Boleh-boleh..."



Elsa mengibas mukanya dengan tangan. Cuaca sangat panas pada waktu tengahhari ini.

Tambahan pula, Elsa masih lagi tidak biasa bertudung. Tup tup kena pakai tudung, dia tidak mahu ibunya tahu kehidupannya semasa di bandar dahulu yang terlalu bersosial dan berpenampilan seksi.

Elsa mengeluh lagi. Teringat pula kehidupannya di KL.

Sungguh dia banyak dosa, kewajipannya dengan tuhan sebagai hamba sudah terabai lama. Tambah pula dengan pergaulan yang bebas.

Sungguh perasaan menyesal semakin menebal di dalam hati.

Elsa tiba-tiba mengingatkan Raykal, bekas teman lelakinya...

Dia tidak menyangka yang Raykal akan curang, lebih-lebih lagi curang dengan kawan baiknya sendiri, Naura. Sungguh dia dikhianati. Zayyan dan Haikal juga sudah tahu lama akan hubungan sulit Raykal dengan Naura.

Flashback.

Elsa kini sedang memandu dengan penuh perhatian di atas jalan raya yang sedikit sesak tersebut. Tidak sabar ingin berjumpa dengan ibunya.

Kring kring...

Elsa mencapai telefon pintarnya dan melihat nama pemanggil, Haikal Faisel.

"Hello,"

"Hello, kau kat mana, Elsa?" Soal Haikal. "Kenapa?"

"Raykal..."

"Stop! Jangan sebut nama jantan sial tu." pintas Elsa laju. Benci sungguh dengan sebaris nama tersebut.

"Elsa..."

"Kau dan Zayyan tahu kan... Raykal dengan Naura?" Duga Elsa. "Elsa, aku minta maaf..."

"Sejak bila?" ingin juga dia tahu sejak bila Raykal curang di belakangnya.

"Dah lama, Elsa..." Elsa memejamkan matanya sesaat. Nafas dihembuskan berat. Matanya kembali berkaca-kaca.

Tut tut tut.

End flashback.

Elsa memejamkan matanya, tahan diri daripada menangis lagi. Sakit hatinya dikhianati orang sekeliling.

Mrs. Zafrel : Regret And Revenge [ EBOOK ]Where stories live. Discover now