𝐑𝐞;𝐯𝐞𝐧𝐠𝐞 4

17.7K 1.2K 18
                                    




Elsa Nadira mengesat air matanya secara kasar. Dia diperbodohkan hidup-hidup oleh mereka!

Mereka yang dianggapnya sebagai kawan baik dan rapat...kenapa dia sanggup menikam Elsa?

Kenapa lah dari dulu lagi dia tidak perasan? Terasa dirinya sangat bodoh dipermainkan oleh lelaki dan kawan baiknya sendiri.

Elsa memandu pulang ke rumahnya kembali dengan perasaan yang sedih. Pemanduannya semakin tidak fokus dek kerana itu.

Elsa tiba-tiba terdiam. Ah, rumah ini! Rumah ini kepunyaan Raykal. Raykal bagi pinjam rumah ini sepanjang belajar di sini. Tapi sekarang dia perlu pergi dari situ dengan segera.

Hanya ada satu tempat sahaja yang dia boleh pergi sekarang ini...

Memandangkan dia sudah tamat belajar, tiada alasan lagi untuk tidak pulang ke kampung halamannya.

Elsa pantas masuk dan mengemas baju-bajunya sebaik saja tiba di rumah kediamannya. Setelah 1 jam bertungkus lumus mengemas barang miliknya, akhirnya sudah siap semua.

"Finally, dah boleh balik!" Elsa mengambil gadget mahalnya ingin menghubungi ibu kandungnya yang berada di kampung.

Sudah lama rasanya dia tidak menanya khabar ibunya tersebut. Elsa mengeluh perlahan, baru nak sedar atas kesilapan sendiri bila susah menimpa.

"Assalamualaikum..."

"Waalaikummussalam, ibu... Kakak ni." Mukanya berubah sedih tatkala mendengar suara tua ibunya.

"Oh kakak, bila kakak nak balik? Ibu rindu kakak." Soal si ibu dengan penuh harapan.

"Ibu, kakak minta maaf tinggalkan ibu selama ini. Kakak dah nak balik ni, ibu tunggu kakak tau." Suara Elsa berubah sebak.

Terasa dirinya anak derhaka kerana meninggalkan ibunya lama di kampung sorang-sorang. Tambahan lagi, Elsa merupakan anak tunggal.

Elsa berhijrah ke bandar Kuala Lumpur ini kerana ingin sambung belajar. Ternyata semuanya berubah apabila dia berjumpa dengan Raykal, dirinya berubah sepenuhnya.

Kalau dulu, dia masih lagi ada perasaan malu untuk menutup rambutnya, sekarang usah kata rambut... Baju yang singkat paras peha biasa sahaja baginya.

Elsa melepaskan keluhan berat. Kewajipannya sebagai hamba Yang Maha Esa juga sudah lama terabai.

Masih ada lagikah pengampunan buat pendosa sepertinya?

Elsa merenung ke arah kanannya. Dia masih berada di dalam kereta. Dia buntu, dia malu dan dia menyesal. Dia tidak tahu ingin jejak ke situ ataupun tidak...

Dia rasa dirinya tidak layak untuk masuk ke dalam rumah Allah.

2 jam yang lepas dia sudah bertolak ingin pulang ke kampung. Dalam perjalanan, dia rasa perutnya perlu diisi memandangkan dia tidak makan apa-apa lagi sejak bertolak tadi.

Selepas dia mengisi perut di sebuah restoran, tidak semena-mena dia terpandang ke arah orang yang berpusu-pusu masuk ke masjid.

Elsa melihat jam di tangan. Patut lah, sudah masuk waktu zohor. Dan sekarang dia masih lagi termenung sendirian di dalam kereta.

Mrs. Zafrel : Regret And Revenge [ EBOOK ]Where stories live. Discover now