2

32 7 2
                                    

[ ahad, 8 : 30 malam ]

" mingi-ah, aku dah tanya p.o. kita akan pergi ke seoul minggu depan. " kata minho sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik mingi.

mingi yang ketika itu sedang termenung memandang ke arah minho.

" serius lah hyung? " tanya mingi tidak percaya.

" ya, aku dah minta p.o pastikan dan dia dah dapat tarikh untuk pemedahan kau. "

mingi tersenyum nipis.

" dan berita baik lagi. kau dah masuk dalam list tu. jadi, kita hanya perlu tunggu giliran sahaja bila kita di seoul nanti. "

minho berhenti seketika sebelum dia menyambung.

" tapi... itulah.. kau tau kan.. pemedahan kau tu peratus untuk berjaya... "

" agak tipis. "

minho menggigit bibirnya.

" it's okay lah hyung, belum cuba belum tau kan? " kata mingi dengan senyuman nipis.

" kalau macam tu, aku nak kau jangan buat apa ii aktiviti berat atau timbulkan masalah. "

" nae hyung. "

...
[ isnin, 10 : 30 pagi ]

kelas pada pagi itu agak huru hara buat mingi. jantungnya tiba berdegup kencang. nafasnya kembali sesak. dia yang pada itu di dalam salah satu pintu tandas di sekolah memegang dadanya. kepalanya disandar di pintu tandas. cuba untuk mencari nafas sejak 15 minit yang lalu.

sebaik sahaja dia dapat bernafas dengan normal, dia keluar dari tandas tersebut. cermin tandas yang memantulkan dirinya di tenung mingi. wajahnya yang agak pucat akibat apa yang berlaku sebentar tadi.

" mingi? "

laju mingi memandang ke arah pintu masuk tandas.

seonghwa.

" h-hyu-hyung- "

cepat ii mingi membetulkan baju serta rambut untuk mengelakkan pertanyaan seonghwa.

" kau okay? tadi aku ada dengar bunyi dalam tandas. itu yang aku masuk. aku ingatkan pelajar lain. rupanya kau. "

mingi sekadar tersenyum nipis.

" haha, mian aku... batuk ii je. " tipu mingi.

seonghwa membuat muka ragu ii tetapi dia hanya tersenyum.

" okay.. kalau kau tak sihat, kau balik lah eh? "

" okay hyung.. aku okay je. " tipu mingi lagi.

seonghwa mengusap kepala mingi sebelum dia berlalu keluar dari tandas.

Sea [✓]Where stories live. Discover now