🤍2

1.8K 147 96
                                    

"cantik nya baju ni wan"

"mana Irah tahu baju ni cantik?"

"daripada manik manik dengan labuci yang Irah pegang ni pun Irah tahu memang baju ni memang cantik"

"pandai ya dia"

Wan mengusap kepalaku. Suasana bilik hotel memang selesa, kalau ikutkan hati, mahu sahaja aku rebahkan badan di katil yamg empuk ini, tapi mengingatkan majlis akan bermula lagi 3 jam, aku batalkan sahaja niat itu.

"Irah tak lama lagi jadi isteri orang, ingat pesan wan haritu, jangan tinggi suara, jangan lawan cakap suami, buat apa yang suami suruh, ingat tu"

Aku tersengih.

"iya wan, semua tu dah dicetak dalam otak Irah ni ha, dah beribu kali dah wan ulang"

"wan taknak cucu wan sorang ni jadi isteri derhaka, biarlah kita tak bahagia di dunia, berkat kita derita kat dunia ni, siapa tahu kita akan bahagia di akhirat kelak"

Walaupun butir kata wan sukar ditafsirkan olehku, namun aku tetap mengangguk, mengiyakan sahaja. Bukan tak mau tanya, tapi, perasaan nervous itu sendiri lagi tinggi dari perasaan ingin tahu aku dengan kata kata wan.

"wan, walid dengan umi... Taknak datang ke? Along?"

Dapat aku dengarkan wan menghela nafas berat, membuatkan aku dapat meramal jawapan yang bakal keluar dari mulut wan.

"haih, biarlah diorang, bercuti ke mana hala wan taknak ambil kisah, Irah jangan sedih, wan pasti diorang akan tunjukkan kasih sayang dorang dekat Irah"

Aku diam. Tidak pernahkah walid dan umi hadirkan rasa rindu mereka untuk aku? Along? Tiada langsung kah rasa sayang dia untuk adik dia yang seorang ni?

🤍

"Daddy, Dan cakap Dan taknak, Dan taknak lah!"

Butang baju melayu yang tersarung elok dicabut kasar.

"Daniel Daryan, majlis dah nak mula ni, tolong jangan buat perangai budak budak macam ni"

"it's all your fault daddy! It's all your fault i'm being like this!"

Tengku Raheem terdiam. Ada benar kata Daniel.

"time Dan kecil, pernah ke daddy dengan mama bagi kasih sayang dekat Dan? Pernah ke korang kisah pasal Dan? No! Even once pun tak pernah! Kita tak pernah solat sama sama, daddy tak pernah pun ajar Dan ngaji, tak pernah hantar pergi kelas agama, end up, daddy nak Dan ikut cakap daddy bila dah besar macam ni? Semua tu salah daddy! "

" i ain't never felt the real love from my parents, asyik kerja, kerja, kerja! Memang boleh bawak mati ke kerja tu? "

Tengku Raheem tersentak, bagaikan hatinya dihiris sembilu, sungguh tajam dan dalam maksud ayat Daniel.

" no, it's not the time for this, get ready, daddy tunggu kat bawah"

Tengku Raheem bergegas keluar dari situ. Semakin lama, semakin tebal rasa bersalah pada Daniel.Tetapi,keputusan tetap dijalankan, Daniel akan tetap kahwin dengan Zinnirah. Muktamad.

🤍

"Tengku Ahmad Daniel Daryan bin Tengku Raheem Alden"

Daniel mengenggam kuat tangan tok kadi, hampir sahaja dilepaskan amarahnya disitu, tetapi ditahan.

"s-saya"

Bibir diketap, hanya tuhan sahaja yang tahu betapa tidak relanya dia untuk semua ini.

"aku nikahkan dikau dengan Nurul Zinnirah bt Abdul Qowiy dengan mas kahwinnya RM 300 ringgit tunai"

Sekali lagi bibir diketap kuat, namun dia terpaksa!

"a-aku terima nikahnya Nurul Zinnirah bt Abdul Qowiy dengan mas kahwinnya RM 300 tunai!"

"sah?"

"sah"

"sah"

"alhamdulillah"

Doa dibaca dan diaminkan oleh para tetamu. Manakala Daniel meliar mencari susuk tubuh isterinya.

Isteri? Tidak bagi Daniel Daryan.

🤍

"alhamdulillah, dah jadi isteri orang dah cucu wan ni, ingat pesan wan tu tau"

"iya wan hehe"

Tangan aku dicapai seseorang, lembut sahaja rasanya.

"mama minta maaf tau kalau perangai Daniel tu, Irah tak boleh terima, mulut dia memang laser"

Aku tersenyum.

"iya ma, hati Irah kental insha Allah"

"Irah pergi lah naik atas dulu, rehat ya, petang nanti reception"

Aku mengangguk. Arjuna memimpin aku ke bilik.

"ha jangan nakal nakal"

Usik Juna. Apa pula kesitu minah sorang ni.

"macam macam kau ni"

Aku masuk ke bilik. Ruangan bilik sudah bertukar bau. Aku menelan air liur payah.

Bauan perfume mahal berjenama Christian Dior menusuk ke hidung.

Fuh, dia memang mandi perfume ke?

Bisik hati aku.

Aku mencari katil, sejak sampai semalam, aku cuba menghafal jalan ke katil. It worth it. Aku selamat sampai.

"so kau lah pompuan kampung yang daddy aku berkenan sangat tu?"

Daniel menghampiriku.

"nothing special, kolot,tapi lawa lah jugak"

"kenapa mata kau tak bergerak?"

Tunggu. Dia tak tahu ke aku buta?

Oh man..

"nevermind, for your information, aku TAKKAN pernah layan kau macam isteri aku, so jangan nak berangan yang perkahwinan bodoh ni akan berakhir dengan happily ever after, itu semua boleh pergi? Mampos"

"and lagi satu, aku boleh buat apa saja yang aku suka, kau? Lantak lah apa nak jadi, kalau mati lagi senang, apa susah? Mati tanam"

Aku diam. Selagi dia tidak habis berbicara, aku tidak akan menyampuk.

"woi, kau bisu ke apa? Pandang aku lah bengong"

"saya buta awak"














Titik permulaan kisah cinta aku dan dia tidak bahagia mana. Pengakhirannya juga begitu?

ZINNIRAH [C] Where stories live. Discover now