"saya bilang, 1,2, 3,awak buka ya"
Zinnirah mengangguk. Hatinya berdebar debar ketika Doktor Alyna memegang ikatan balutan.
"1"
"2"
"3!"
Mata yang dipejam dibuka perlahan lahan.
Ruangan putih itu diperhati lama. Kemudian matanya dialih memandang Doktor Alyna.
"macam ni rupanya muka doktor. Cantiknya.."
Walaupun wajah Doktor Alyna kelihatan samar samar, namun otaknya mampu membayangkan wajah sebenar Doktor Alyna.
"eh jangan lah puji saya macam tu. By the way, thank you! Macam mana perasaan awak?"
"entah doktor.. Bercampur campur, rasa sebak , teruja nak tengok dunia luar. Paling penting rasa terharu dengan along."
Ujar Zinnirah. Matanya tidak lepas lepas memandang sekeliling bilik.
"baik, petang ni kita jalan jalan kat taman. Esok lusa kan awak nak discharge. Lepasni jarang jumpa saya. Soooo, kita sembang puas puas kat taman petang ni"
Zinnirah mengangguk laju. Entah mengapa setiap kali Doktor Alyna datang melawatnya, otaknya pasti membayangkan wajah Saffiyah. Perwatakan yang sama. Cara yang sama. Cara percakapan yang sama. Dan kerana itulah dia menganggap Doktor Alyna seperti kakaknya sendiri.
🤍
Gambar Saffiyah di dalam frame itu diperhati lama. Buat kali pertama, air matanya jatuh kerana seorang wanita."i'm so sorry, sayang. Kalau i tak ego, tak selfish, mesti semua ni takkan jadi"
"how stupid i am.. Lepas dah jadi macam ni baru nak menyesal."
Tok! Tok! Tok!
Pintu yang diketuk beberapa kali itu membuatkan Daniel Daryan kelam kebut mengesat air matanya.
Kelibat doktor yang berumur lewat 20-an itu datang dan melemparkan senyuman manis buat Daniel Daryan.
" so buddy, how are you today? Ada rasa sakit kepala, rasa nak pengsan ke?"
Kepala digeleng perlahan.
"oh come on, sedih semacam je saya tengok ni, jangan risau, lepas seminggu ni awak dah boleh balik. Tak lama dah nak hadap muka handsome saya ni"
Sengaja Doktor Aiman berseloroh ingin membangkitkan kembali mood Daniel Daryan.
Namun tiada sebarang reaksi yang diberikan oleh lelaki itu. Matanya tidak lepas lepas daripada memandang pemandangan di luar.
"bro, anything just -"
"Doktor Aiman"
Sapa Doktor Alyna yang berdiri di belakang Doktor Aiman membuatkan bahunya terhenjut sedikit.
"eh awak ni Alyna, terkejut saya"
"hehe sorry. Doktor, saya nak bercakap dengan pesakit awak ni kejap. Sekejappp je"
"ha, yelah. Jangan lama lama, lepasni lunch dengan saya"
Ujar Doktor Aiman sambil kakinya melangkah ke pintu.
Doktor Alyna mengangguk dan pandangannya dialih menghadap Daniel Daryan.
" So Daniel, how's your day?"
Daniel Daryan menghela nafas berat. Malas sungguh dia ingin berbicara dengan sesiapa buat masa itu.
"nothing special. Boring. Menghadap muka muka doktor yang sama hari hari. Muak"
YOU ARE READING
ZINNIRAH [C]
RomanceBUTA. Itulah salah satu ciri fizikal yang ada pada diri aku. Kolot. Tak sempurna? Semestinya. Tapi kenapa manusia sekarang mengejar kesempurnaan? Perfectionist. Aku benci perkataan tu. Hanya disebabkan aku cacat, semua yang aku lakukan tidak kena. S...