🤍14

1.5K 128 29
                                    

"Bro, dah sampai ke?"

Soal Daniel Daryan sebaik sahaja panggilannya diangkat. Sesekali dikerling rumahnya yang terletak 2 km jauh dari kereta.

" On the way, susah pulak cari rumah kau"

"Alah rumah ketiga lorong 3,senang je lah"

"oh okay okay, kereta Honda merah tu kau ke?"

"ha, cepetan doanggg! kau ingat eh plan aku semalam, jangan rosakkan pulak"

"no hal lah bro, setakat benda kecik celah gigi je"

Panggilan dimatikan. Daniel Daryan tersenyum puas. Plan yang direka selama ini tidak sangka akan terjadi dalam masa beberapa minit lagi.

🤍

Aku sedang mencuci pinggan di dapur. Telingaku tiba tiba menangkap bunyi derapan kaki. Aik? Daniel dah balik ke?

Namun, aku abaikan sahaja perasaan tidak sedap hati aku. Mungkin, Daniel ada barang yang tertinggal, kut.

Tiba tiba, pinggangku dirangkul erat.

Aih? Buang tebiat ke Daniel ni?

Rambutku dihidu. Hati aku mulai berdegup kencang.

Takkan lah Daniel?

"strawberry scent.. I like it"

Mataku membulat. Suara Daniel tak macam ni? Suara lelaki ini lebih serak dan dalam.

Tangannya yang masih memeluk pinggangku erat, aku pegang dan lepaskan perlahan. Namun, lelaki itu masih lagi kekal tidak lepaskan tangannya.

"awak, lepas"

Sekali lagi tangannya naik ke pinggangku.

"shhh.. Be quite, darling.."

Aku pasti! Ini bukan Daniel!

Tangannya yang masih lagi merangkul pinggangku ditarik kasar.

"what the hell are you doing, Zinnirah?"

Ya, itu. Itu ialah Daniel Daryan.

"Aku dah agak. Kau memang pelacur. Tak sangka ni yang kau buat selama aku takda kat rumah, huh?"

"Awak! Bukan! Bukan macam tu! Dengar dulu apa saya nak cakap!"

Kataku tegas. Daniel tak boleh tuduh aku tanpa usul periksa!

" You have nothing to explain, Zinnirah. Nampak enjoy betul tadi?"

"Awak, betul awak. Waktu saya -"

"dah, dah, pelacur. Aku taknak dengar apa apa dari kau. Aku nampak semua dari awal."

Perkataan 'semua' ditekan.

Air mataku semakin lebat membasahi pipi.

"play victim, hm? Tch, such a whore"

Rauf Hakimi keluar dari rumah banglo mewah itu. Nampaknya, kerjanya sudah selesai.

"Now, pack your stuffs and. Get the hell out of my house you slut!"

Suaranya bertukar seiring hujan yang kian lebat membasahi bumi.

Aku melangkah longlai menaiki tangga. Kemana aku mahu pergi?





🤍


Hujan lebat tidak berhenti membasahi bumi. Aku hanya duduk di tepi longkang. Tudung dan bajuku sudah mulai lencun namun aku sudah tidak mempedulikan penampilan diri aku sekarang.

Apa yang aku fikirkan ialah, apa yang aku nak jawab dengan Wan dan Atuk nanti?

Sekali aku menghela nafas berat. Azan maghrib mulai berkumandang.

Aku hanya berjalan mengikut kehendak hati. Suara azan mulai sayup sayup kedengaran, adakah aku mengikut arah yang salah?

Aku berpatah balik. Aku mulai berjalan perlahan lahan dan syukur, bunyi azan sudah mulai kedengaran kuat dari tadi.

Itu bermakna, aku sudah hampir dengan masjid.

Pin pin!

Bahuku terhenjut sedikit. Bunyi enjin kereta yang mendekat denganku membuatkan aku berganjak ke tepi.

"Irah?"

Suara yang agak asing menyapa gegendang telingaku.

"Irah. Ni abang, Ryan."

"ohhh abang, sorry Irah tak cam suara"

"takpe. Irah nak pergi mana ni? Masuk lah kereta abang, hujan lebat ni"

Aku menggeleng perlahan. Bimbang jika Daniel dapat tahu yang aku menumpang orang. Lagipun bukan aku tak tahu yang hubungannya dengan abang kandungnya sendiri tidak begitu baik.

"jom lah Irah, Irah bagitahu je mana Irah nak pergi. Abang hantarkan"

"tak apa lah bang. Irah takut menyusahkan abang je. Lagipun baju Irah basah, nanti habis kotor seat kereta"

"hesh, takda menyusahkannya lah. Masuk masuk"

Pintu dibuka untukku. Aku tiada sebarang pilihan.
Lalu, aku menduduki seat kereta Danish Adryan.

"Irah, kenapa jalan sorang sorang tadi? Daniel tahu tak Irah keluar ni?"

Aku diam. Memikirkan alasan yang kukuh.

Takkan aku nak berterus terang bahawa Daniel dah halau aku dari rumah?

"erm.. Irah keluar pergi beli barang tadi, kebetulan hujan turun lebat.. Lepastu Irah call grab nak pergi rumah kawan tapi tak sampai sampai"

"oohh.. Kalau macam tu, abang hantar Irah kat rumah kawan Irah terus lah. Dekat mana rumah dia?"

"Tapi, jauh jugak.. Kat Bangsar. Apartment Flora."

"lah, kebetulan abang ada kerja kat Bangsar jugak. Elok lah tu abang hantarkan. Irah nak tidur ke apa, ikut Irah lah. Nampak penat sangat muka tu"

Aku tersenyum kelat. Entah apa yang aku buat ni betul atau tidak. Main bedal saja.

Pada masa yang sama, aku turut memikirkan Daniel. Bagaimanalah reaksi dia kalau tiba tiba dia tahu aku menumpang Ryan?

Aku rasa, dia tak kisah. Memandangkan aku dah dihalau.

Tapi, itu tidak mengubah kenyataan bahawa aku masih lagi isterinya yang sah.

Jadi, wajar kah aku membuat tindakan mengikut kata hati atau.. Aku harus lari dari semua masalah ini?

agh buntunya!

🤍




















karena hati tak perlu memilih , ia selalu tahu ke mana harus berlabuh . - dee lestari


ZINNIRAH [C] Where stories live. Discover now