🤍10

1.6K 122 19
                                    

Selepas diperiksa, akhirnya aku dibenarkan pulang. Alhamdulillah, takda apa yang serius. Cuma demam sikit, dan bengkak di bahagian dahi sebab terhantuk atas lantai.

Aku dipapah keluar dari bilik pemeriksaan.

"nasib baik Irah ni takda apa, kalau jadi apa apa yang serius, semua terletak atas bahu Dan tahu?"

Kata Mama.

"alah ma, dia ni mengada je lebih, tinggal sekejap pun tak reti nak jaga diri"

Sinis sahaja nada Daniel. Aku diam tanpa menyampuk.

"lain kali jangan tinggal Irah sorang sorang, bahaya Daniel"

Ujar Daddy pula. Tak perasan pula yang Daddy turut ada disini. Tangan aku dihulur untuk bersalam dan Daddy menyambutnya.

"pandai pandai dia jelah daddy, dah nak sakit nak buat macam mana, apa kena mengena dengan Dan pulak"

"kamu dari kecik sampai ke besar keras kepala. Cuba jadi macam Ryan, apa yang daddy -"

"asyik Ryan Ryan Ryan! Yes sanjung sangatlah anak kesayangan Daddy tu"

"Daniel"

Nada suara Mama direndahkan. Aku juga berniat ingin menenangkannya, tapi aku tahu keadaan akan jadi lebih teruk.

"pernah fikir tak kenapa Dan jadi macam ni? Sebab dari kecil sampai besar raih kasih sayang dari maid kat rumah je, Ryan? He got all that he want, kasih sayang parents, money, semua."

"kalau boleh diputar masa, all that i want is my family. Bukan duit"

Nada suara Daniel semakin mengendur. Aku pasti dia sudah lama memendam semua ni.

"we're leaving"

Tangan aku ditarik kasar. Aku hanya mengikut sahaja ke mana dia pergi.

🤍

Tubuhku ditolak kasar memasuki bahagian penumpang.

"lembab!"

Pintu pula ditolak kasar.

Buk!

Seat belt dipakai dan kereta mulai meluncur meninggalkan perkarangan hospital.

Sepanjang jalan, kami hanya diam. Tiada topik dan masing masing hanya sibuk melayan perasaan.

"a-awak tak patut cakap macam tu kat mama dengan daddy"

Aku terasa ingin menampar mulut sendiri. Macam mana ayat tu boleh terkeluar dari mulut aku?

"tch, urus hal kau sendiri je sudah lah. Diorang tu mentua kau je, tak payah sibuk jaga perasaan diorang"

"walaupun mentua saya, tapi saya kena hormat diorang macam mak ayah kandung saya jugak. Macam tu juga dengan awak, diorang yang bela awak dari kecil"

Buat kali pertama aku berani membantahnya, apa yang dikatakannya membuatku tak selesa.

"kau cakap macam kau tahu semuaaaa je kan? jangan buat buat tahu semua benda, Irah. Kau tu orang asing"

Aku tertampar dengan ayat yang dilontarkan. Dari kecil sampai besar, memang orang akan anggap aku sebagai orang asing. Terima kenyataan tu, Irah.

ZINNIRAH [C] Where stories live. Discover now