🤍26

2.1K 149 14
                                    



"shoot.. Arjuna gonna kill me"

"oh jadi... Awak datang cari saya sebab along lah?"

Daniel Daryan terdiam. Mulutnya ditampar perlahan.

"you know what? Let's just forget about it"

"betul lah tu. Awak kan sayang along."

Daniel Daryan menyumpah dirinya sendiri.

bod*oh lah kau Daniel! Arjuna dah pesan jangan bukak cerita, dasar mulut ni pun!

"saya masuk dulu lah, awak tu, jangan lama sangat kat luar ni, dah nak maghrib"

Zinnirah terus meninggalkan Daniel Daryan terpinga pinga seorang diri.

"Coi. You ruin it Daniel"

🤍

"hey, kau masak apa?"

"nasi"

"nak aku tolong?"

"tak"

Belakang kepalanya digosok perlahan. Otaknya buntu ingin memujuk Zinnirah. Dia tahu Zinnirah bukan lah wanita yang mudah termakan dengan kata kata manis.

"Kalau macam tu aku teman kau masak eh?"

"dah siap"

"ala..Aku baru je nak teman"

"tak payah, masak nasi je pun"

Nada rendah yang hadir dalam ayatnya itu membuatkan Daniel Daryan semakin serba salah.

"awak makan dulu lah, saya naik atas, nanti budak budak ngaji sampai takda orang bukakan pintu"

"teman la suami kau ni makan. Kesian aku makan sorang sorang. Hm?"

"sekarang baru awak mengaku awak suami saya . Sebab apa? Sebab amanat along. Kalau along tak suruh, saya mati pun awak takkan kisah"

Zinnirah berkata sebelum kakinya melangkah menaiki anak tangga menuju ke biliknya.

Manakala Daniel Daryan pula dibiar terkulat kulat. Buat pertama kali hatinya direntap dek kata kata Zinnirah. Tahulah dia bahawa Zinnirah benar benar terluka.

Dia yang memberi, dia juga lah yang akan menyembuhkan.

🤍

Pandangan sawah padi di hadapan ditatap lama. Angin malam datang menemani dirinya. Suhu tubuh yang mulai merendah dibiar berlilit dengan
cardigan nipis merah.

" Sejuk la kat luar ni, kau taknak masuk ke?"

Satu suara garau menyapa dirinya. Dia menoleh memandang si pemanggil.

Daniel Daryan memaparkan wajah polos. Matanya kelihatan kuyu menahan ngantuk.

"pergilah masuk, saya dah sedia tilam, bantal dengan selimut"

"aku tidur luar ke? Kenapa bukan dengan kau?"

Daniel Daryan datang menghampiri isterinya. Dia mengambil tempat di atas bangku usang yang ada di tengah sawah.

" jangan paksa diri awak tu duduk dengan saya yang kotor ni"

Ayat itu kedengaran begitu tajam di telinga Daniel Daryan.

ZINNIRAH [C] Where stories live. Discover now