.
.
.
.
.
.ZINNIRAH mula memotong lemang yang dibeli suaminya semalam. Selendang hitam yang hampir tertanggal dibetulkan.
Daniel Daryan terpaksa keluar ke outstation secara mengejut tengah malam semalam. Walaupun masih berbaki beberapa hari lagi sebelum raya, namun Daniel Daryan masih lagi sibuk dengan kerjanya.
"Mama, bila papa nak balik?"
Areena Alya datang bersama pensel warna di tangan.
"Sabar ya sayang, esok papa balik, lepas tu kita balik kampung, okay?"
Pujuk Zinnirah. Sebenarnya, dia sedikit terkilan dengan sikap Daniel Daryan kebelakangan ini. Mana taknya, asyik sibuk dengan kerja sahaja. Sehingga dia dan anak anak hampir terabai.
" papa asyik sibuk je. Dia tak sayang kita? "
Giliran Areez Ilham pula bertanya. Seperti tahun lepas, ketika dia mendapat anugerah cemerlang pelajar terbaik darjah 3, Daniel Daryan tidak datang ketika majlis penyampaian hadiah. Tetapi hatinya kuat mengatakan, Daniel Daryan tetap sayangkan dia dan adik adik.
"Papa kerja sayang. Kalau papa tak kerja, Reen dengan Reez tak dapat beli toys kan?"
Ujar Zinnirah lembut. Kembar itu menggangguk perlahan.
"pa... pa.." "
Anak kecil berusia satu tahun itu mulai merangkak ke kaki Zinnirah.
" ya sayang? "
Tubuh kecil itu diangkat dan didukung erat.
" pa.. pa.. "
Anak kecil itu seolah olah memahami apa yang mereka perkatakan sebentar tadi.
" iya, nanti papa balik jumpa Ateef okay?"
Pipi tembam itu dicium. Telefon pintar dicapai lalu nombor Daniel Daryan didail.
Tidak dijawab.
Sekali lagi jarinya menekan butang 'hubungi'.
Sekali lagi, tidak dijawab.
"Abang.. Angkatlah"
Hampir berputus asa, dia terus ke whatsapp.
Husband🤍
You
Awak, anak anak rindu awak sangatYou
Awak sibuk ke?You
Kalau awak tidur, bangun nanti
call saya semula tau?You
Anak anak kena bercakap dengan awak
dulu, baru diorang boleh tidur.You
Saya pun rindu :(Masih lagi tiada tanda tanda lelaki itu sedang online. Mesej yang dihantar masih lagi onetick.
"Mungkin dia penat"
🤍
Mesej yang dihantar oleh isterinya dibaca. Bibirnya menguntum senyuman kecil. Hatinya juga rindu akan mereka. Ingin sahaja dia pulang kerumah dan memeluk mereka erat.
Namun kerja kerjanya masih banyak.
Beberapa missed call yang di tinggal isterinya juga dilihat. Jarum jam yang menginjak pukul 1 pagi dikerling. Bimbang mereka sudah tidur. Tidak sempat dia ingin bercakap dengan anak anak.
YOU ARE READING
ZINNIRAH [C]
RomanceBUTA. Itulah salah satu ciri fizikal yang ada pada diri aku. Kolot. Tak sempurna? Semestinya. Tapi kenapa manusia sekarang mengejar kesempurnaan? Perfectionist. Aku benci perkataan tu. Hanya disebabkan aku cacat, semua yang aku lakukan tidak kena. S...