"Ya Allah, Irah! Kau gila ke? Kenapa selama ni kau tak bagitahu aku pasal ni?"
Soal Arjuna. Nada suara nya yang mulai meninggi dikawal.
"Bukan aku taknak bagitau kau, Juna. Tapi, kau rasa bila kau pun terkena macam tu, kau berani ke?"
"i don't care. Itu kalau aku. Masalahnya sekarang, kau yang hadap. Kau fikir apa yang dia buat tu benda biasa biasa je? Eh, ni dah jatuh dayus kau tahu!"
"Aku tahu. Aku tahu, Juna. Tapi, apa aku boleh buat?"
"Aku rasa kau kena report polis. Biar settle kat mahkamah terus. Kau pun, bukan sayang dia pun kan?"
"Aku sayang. Aku sayang suami aku Juna. Walaupun dia layan aku teruk, tapi aku sayang dia."
"what the h-... Dengan apa yang dia buat kat kau pun kau still sayang dia lagi? Ya Allah.. Serius, aku tak faham dengan korang berdua"
Kata Arjuna. Otaknya bagai diputar putar. Macam tidak logik pun ada.
"Aku tak kira. Kita pergi balai"
"nooo! Juna, kau kena faham aku. Aku cerita kat kau bukan sebab aku nak suruh kau hukum dia. Tapi, sebab aku dah takda sesiapa nak cerita. Kau je yang aku ada buat masa sekarang"
"degil kau ni. Dah jadi teruk macam ni pun nak bela lagi jantan tak guna tu"
Ujar Arjuna berang. Entah apa yang menghasut rakannya itu pun dia tak tahu.
"Juna.. Kau jangan bagitahu Wan dengan Atuk pasal ni ok? Janji dengan aku"
Arjuna menghela nafas berat. Jika diikutkan, memang itu yang dia ingin lakukan.
"yelah. Aku janji. Buat masa sekarang, duduk dengan aku dulu. Tak payah balik jumpa mamat tu lagi"
🤍
"Syaz, mana pergi file project kat bilik saya ni?Kosong je?"
"erm-Tuan.. Sebenarnya, file file tu ada dekat bilik Tuan Ryan. Dia yang minta kelmarin"
Ujar Syazarina takut takut. Dengar sahaja nama Danish Adryan, pasti sahaja Daniel Daryan panas hati.
Jeez... Siot la kau Ryan..
Daniel Daryan bergegas ke bilik Danish Adryan yang terletak berhadapan dengan biliknya.
Pintu dirempuh kasar tanpa diketuk.
"woi"
"apa? tak reti bagi salam dulu ke? Main terjah je bilik orang suka hati"
Daniel Daryan mengulingkan matanya ke atas. Meluat benar dia dengan Danish Adryan.
"ah! Apa yang penting sekarang ni, kenapa kau sibuk sibuk ambil file yang ada dalam bilik aku tu? Tak reti minta izin ke? Mak bapak tak ajar?"
"eh eh kau.. Mak bapak aku pun mak bapak kau jugak. Lah, kau kalau nak file tu minta la elok elok. Kang ada jugak file melekap kat muka kau nanti"
Kata Danish Adryan. Geram pula dia dengan perangai adiknya yang tidak mahu mengalah.
"Sekarang ni, aku nak semua file tu atas meja aku"
"kalau aku taknak?"
"oh, main api ek kau?"
"Daniel. Cuba lah kau bertolak ansur sikit dengan aku. Benci sangat ke kau dengan aku?"
YOU ARE READING
ZINNIRAH [C]
RomanceBUTA. Itulah salah satu ciri fizikal yang ada pada diri aku. Kolot. Tak sempurna? Semestinya. Tapi kenapa manusia sekarang mengejar kesempurnaan? Perfectionist. Aku benci perkataan tu. Hanya disebabkan aku cacat, semua yang aku lakukan tidak kena. S...