Aku termenung di sisi tingkap. Malam ini hujan pula. Ku amati garaj itu, masih kosong, tiada tanda-tanda Donghyuck akan pulang. Tiba-tiba kepalaku sakit terasa seperti dunia sedang berpusing, ku meraih ubat yangku bawa bersama, setelah telan biji pahit itu semuanya kembali tenang. Tanpa sedar aku sudah tertidur dengan nyenyaknya.
Pagi itu..
Aku mencari kelibat suamiku. "Eh dia tak balik?" Aku menjalankan tanggungjawab sebagai wanita dan isteri di rumah. Membersihkan rumah dan memasak. Aku tersenyum riang "Phew, finally" aku meletakkan hidangan terakhir di atas meja. Aku pun tidak tahu sejak bila aku sehandal ini padahal di rumah ayah orang gaji yang lakukan semua kerja.
Aku terdengar pintu rumah dibukan dan ditutup. Aku tersenyum "Itu pasti suamiku"
"Hi! Awak nak makan saya dah masakkan" tanpa amaran dia terus mencium bibir merahku. Membulat mataku lalu menolak dada bidangnya namun dia tidak berganjak"ini sudah lebih" bisik hatiku. Terbau mulutnya yang berbau alkohol kuat. Aku tersentak. "Awak mabuk? Awak tak suka saya awak cakap tak perlu sampai begini. Awak beritahu saya semalam awak kemana? Awak tidur di mana? Saya penat tau tunggu awak tak balik-balik" Dengan pantas tangannya hinggap di pipiku.
"Kau dah kenapa perempuan! Bisingla! Kau nak aku cium kau lagi? Memekak ja pagi-pagi" dia terus berlalu pergi dengan badan terhuyung-hayang.Aku memegang pipiku, terasa pijar. Tanpa sedar air mataku mengalir, bukan kerana tamparan itu tapi hatiku yang sakit dan kecewa dengan sikapnya.
"Kalau lapar turun tau saya dah masak sedap-sedap untuk awak" aku menjerit sama ada dengar atau tidak aku tak peduli.Terasa badanku sengal-sengal. Aku melihat ke arah jam yang sedang berdetik. "Dah pukul 10, time to sleep!" Aku menutup komputer ribaku dan lampu ruang tamu dan naik ke tingkat atas.
Aku membuka pintu bilik itu perlahan-lahan. "Nanti singa tu bangun mati la aku"
Aku menatap mukanya "kau tampan Donghyuck, aku mengakuinya tapi perangai kau tu tampan pula." Aku menarik selimut dan memejam mataku.
Donghyuck merangkul pinggangku. Aku mengeluh. Terasa hangat benar lengannya. Ku terus memegang dahinya "Panas"
"Donghyuck bangun, awak demam ni. Ni mesti hujan semalam"
Aku berlari turun dengan pantas mengambil tuala dan sebaldi air sejuk. "Aku okay la tak perlula caring sangat" aku menghela nafas ringan. "Kalau awak mati kan susah saya, sekurang-kurangnya nanti dalam kubur awak ingatla saya pernah jaga awak" Donghyuck memandangku sinis. "Kau main mati-mati pula eh, kalau aku mati betul macam mana"
Aku ketawa sambil meletakkan tuala basah di dahinya. "Saya jadi janda kaya!"
YOU ARE READING
A Little Happiness || Lee Donghyuck
Fanfictiony/n merupakan pesakit barah otak. Dia juga sudah berkahwin dengan lelaki pilihan keluarga dan menyintainya sepenuh jiwa. Namun, dia tahu Lee Donghyuck tidak akan pernah membalas cintanya