7

48 4 0
                                    

Aku sudah muak mendengar nada dering dari telefon bimbitku. Ku amati pemanggilnya. Kali ini sudah masuk 90 panggilan tidak berjawab. "Hello!" Ku jawab dengan kasar. "Kau ada mana ni hah? Tak reti nak balik atau kau dengan lelaki lain ni?" Nafasku jadi tertahan-tahan. Marahnya aku hanya Tuhan yang tahu. "Saya tak mahu cari pasal dengan awak pagi-pagi ni" aku telan air liurku yang pahit. Suka hati dia sahaja menuduh melulu. Dia cemburukah? "Dah tu? Balik lah sekarang" terusku matikan panggilan itu.

"Nak balik ke tak hah?" Ku buka luas-luas jendela. Ku langkah keluar ke balkoni. Angin yang sempoi-sempoi itu menenangkanku. Sungguh jiwaku serabut tika ini.

Keretaku meluncur laju di garaj. "Mesti puaskan hati dia, kali ni dia menang" ku tutup pintu keretaku kasar. "Tunjuk protes ke?" Aku menjeling tajam. Belum sempatku melangkah, badanku dirangkul erat. "Ish apa ni lepas lah"
"I miss you so much, and im sorry" ku ketawa kecil. "Lee Donghyuck say sorry? Saya salah dengar kan?"
Tanpa amaran bibirku dipagut. Ciumannya kali ini berbeza. Cinta? Atau sebaliknya?

"Awak dah kenapa? Saya tak suka la!" Aku pantas mengelap sisa ciuman tadi dengan hujung lengan bajuku. "Seriously? Kau lap ciuman precious aku?" Mataku mencerlung tajam "so what?" Aku menyilangkan tanganku di dada. Kali ini aku tak akan kalah. "Oh main kasar?" Badanku di tolak kasar ke dinding.

Tangan kanannya melingkar di pinggangku dan tangan kirinya mengunci tanganku. 'Shit! Aku tak sempat lari' mukanya hanya seinci dua dari mukaku. 'y/n think fast!' aku beranikan diri tatap mata bundarnya. "Cantik" ku rasakan kakiku lemah. Jantung berdegup pantas. Terus aku larikan pandangan. 'buaya terancam ni bahaya'
'Macam mana kalau dia terkam aku? Tak ready lagi ni' bibirku dijamah lagi. "Dah kenapa? Berdialog dengan diri sendiri?" Aku cuba tolak dada bidangnya. Malangnya tak berjaya. Badannya yang tinggi lampai dan tegap menyukarkan aku untuk meloloskan diri 'i guess i know how to win'

ku pandangnya dengan renungan redup. Aku dekatkan wajahku dengannya. "I win darling" aku retap tanganku dan dengan pantas aku berlari. Akibat gopohnya aku mendaki tangga tadi dan aku tersilap langkah. "Oh no!" Tangan gagah itu sekali lagi mendakapku. Terus senyuman senget ditarik. "I guess i win?" Aku melirik mataku ke arah lain. Bahangnya pipi ini hanya aku yang tahu. Dia melepaskanku tetapi tidak gengamannya.

"Uh-uh y/n you better finish what you start babe" aku tepuk perlahan dahiku. "Ini semua salah tangga!" Ketawa kami berjangkit.Kalau orang lain yang lihat pasti mereka akan berkata bahawa kami adalah pasangan suami isteri yang bahagia. Hakikatnya hanyalah dari luaran tetapi di dalam hati tiada siapa pun yang tahu. Sejujurnya aku sememangnya dan semahunga mencintainya. Namun ku terpaksa menahan kasih itu dari terus terlimpah kepada orang yang tidak sama sekali pernah menumpahkan sayangnya padaku. Ini semua hanya sementara aku tahu aku akan tinggalnya tak lama lagi.

Aku bangun lebih awal dari biasa kerana aku ada temu janji bersama doktor yang merawatku. Aku lihat Donghyuck masih tidur nyenyak. Aku menghidupkan enjin keretaku dan terus berlalu pergi ke hospital. Aku memandang sekilas matahari yang bersinar terang , ku menghentakkan jari-jari kecilku di stereng mengikut rentak lagu yang di siarkan di radio. Aku tersenyum. Kehidupan ini indah cuma masaku untuk menghayatinya hanya sekejap.

"Puan Y/n" ku bingkas bangun tika namaku di panggil. Aku tersenyum manis melihat wanita muda itu. "Hi doktor" aku duduk di kerusi di hadapannya. "Bagaimana keadaan puan?" tanya doktor sambil melihat di skrin komputernya. "Saya rasa makin memburuk kadang-kadang saya terpaksa ambil banyak pain killer" dia mengangguk-angguk. "Kami di sini sudah memberikan cara alternatif pada puan iaitu dengan menjalankan pembedahan tetapi puan yang menolaknya. Jika puan buat pembedahan, dalam 50% saya jamin puan akan selamat" tegasnya lagi. Aku sudah lali mendengar bebelan mereka menyuruhku membuat operasi pembedahan. Bukan aku tidak mahu tetapi aku takut pembedahan ini akan tidak berjalan lancar atau aku akan meninggal semasa operasi ini dilakukan. Jadi biarlah aku habiskan sisa hidupku selagi aku mampu bertahan.

Aku berjalan keluar selepas melakukan pemeriksaan pada otakku. Aku duduk dan kata-kata doktor tadi terngiang-ngiang di benakku. "Barah di otak puan semakin teruk dan mengikut kondisi puan, puan hanya mampu bertahan selama 3 bulan sahaja" aku ketawa kemudian aku menangis. Terasa seperti psiko yang pernah aku tonton di televisyen. Aku tidak dapat gambarkan perasaanku tika ini. Semuanya bercampur baur.

Aku membuka pintu rumah. Muncul muka Donghyuck di balik pintu. Terkejutku bukan kepalang seperti beruk yang terkejut. "Ya Tuhan. Awak bersyukur la saya tak ada sakit jantung kalau tak esok pagi saya dah dikuburkan tau tak" aku mengurut dadaku.

"Pergi mana pagi-pagi tadi" aku mengerutkan keningku. Sejak bila dia pandai ambil tahu pasal aku? "Suka hati saya la nak pergi mana pun. Ada kacau awak kah?" Sempat aku teringatkan sampul x-ray aku tadi. Mujur ada di dalam keretaku. Selamat la sampul itu disitu. "Amboi ambil tahu pasal isteri sendiri pun tak boleh kah? Dah la aku nak keluar"
"Nak pergi mana?" Tanyaku semula. "Suka hati saya la nak pergi mana pun. Ada kacau awak kah?" Dia memimikkan suara aku. Aku ketawa sambil menampar lengannya. "Jangan rindu aku tau" aku memberikannya pandangan sinis. "Of course not!"

Sekali lagi aku menjadi saksi kepada adegan tak siuman Lee Donghyuck bersama perempuan lain. Aku ini tunggul batu agaknya yang tidak punya perasaan. "Awak bawa perempuan mana pula kali ni? Rusia?" Pipi ini di jamah dengan tamparan pantas Donghyuck. "tangan kau cepat ja kan nak naik pipi aku. Dah la aku penat laa esok kau bawak lagi perempuan lain. Aku ni bini kau ka orang gaji?"

"Kau pun" aku tampar pula perempuan itu. "Kau berdua berambus naik atas sekarang jangan sampai blender ni naik kepala kau" mereka berdua terhuyung-hayang mendaki tangga.
"Dah la tak guna, mabuk pula tu. Aku sabar banyak la dengan kau ni ish" aku bergegas mengambil telefon bimbitku yang berdering. Aku lihat pemanggilnya. "Jaehyun?"
Terus aku ubah intonasi suara aku. "Oh hi Jaehyun. Ada apa malam-malam ni?" Jaehyun hanya diam di hujung sana. "Aku nampak Donghyuck dengan perempuan lain. Kau cuba cerita sekarang apa yang jadi" mula-mula aku ragu-ragu untuk buka cerita ini tetapi aku hilang sabar dengan Donghyuck. "Kau nak dengar sangat kan haa dengar sampai habis"

Dari situ aku tahu yang aku tak akan bahagia dengan Donghyuck tetapi aku sedar aku hidup tidak lama jadi aku hanya berserah, apa yang terjadi dalam kehidupan ini aku akan terima.

“Loving someone who doesn’t love you back is like hugging a cactus. The tighter you hold on, the more it hurts.”

A Little Happiness || Lee DonghyuckWhere stories live. Discover now