5

47 8 0
                                    

Angin sepoi-sepoi perlahan menampar pipiku. Ku hirup udara yang segar itu sedalam-dalamnya, tenang. "Kau ni baik juga, aku fikir kau ni sama macam perempuan-perempuan kat luar sana. Labur aja duit, datang merayap macam kucing kurap" Aku memandang dia sekilas. "Mentality lelaki memang macam ni eh? Tak semua perempuan macam itu lah, awak kena ubah mind set awak itu"
Terasa hidungku ada cecair panas yang mengalir keluar. Langkahku terus terhenti. "Darah? Please, not now" pantas aku mengelap hidungku dengan jari. Ku amati hidungku di kaca telefon, tidak mahu ada kesan. "Kenapa kau berhenti?" Aku pantas menyimpan telefonku dan menyembunyikan jari yang terkena darah. "Kau okay?" Soalnya. Aku cuma memberikan senyuman di bibirku. "Saya yang patut tanya awak, sudah la demam, ada hati nak jalan-jalan ye?" Dia mengekek ketawa "Dont worry sayang, dah kebah" Aku mengerutkan keningku. Telinga aku salah dengar atau salah tafsir? Ku lihat wajahnya sudah bertukar reaksi. Jelas sekali aku dengar perkataan 'sayang' jantung aku terus menari-nari. 'Ah, mungkin dia tersasul' bisik hati kecilku"Jom balik" pintaku dan dia terus mengangguk.

Hati ini tiba-tiba jadi gembira. Lafaz sayang yangku dengar tadi kerap kali melintas di fikiranku.
                          
                                  🦋
Ku perhatikan jarum jam yang sedang berdetak,tersegam indah di dinding rumah mewah itu. "Dah pukul 10 dia tak balik lagi, dia pergi mana? Banyak kerja kot" aku menutup komputer ribaku. Pintu rumah dibuka dengan kasar dan dihempas dengan kuat. Jantungku berdegup pantas kerana bunyi yang kuat itu. "Nak bagi roboh pintu ke hah?" Aku berlari-lari anak ke pintu. Terlihat dua pasangan yang terhuyung-hayang sambil mengekek ketawa. Perempuan itu merangkul erat tubuh Donghyuck. "Donghyuck! Kau dah kenapa gila? Bawa betina lain masuk rumah" hati aku panas bukan kerana cemburu tetapi dia tiada langsung sekelimut rasa hormat kepadaku sebagai seorang isteri. Isteri yang sah!
"Suka hati aku la. Aku bukan suka kau pun, dah la pergi buat hal kau sendiri"
Terketar-ketar jari aku. Terus air mata keluar mencurah-curah. "Sabar y/n, dia tak layak terima air mata berharga kau ni" aku mengelap air mata dengan rakus. Donghyuck tersenyum penuh bernafsu ke arah perempuan itu. Terus dirangkulnya ke dalam bilik "Bagus! Bawa balik betina lepas tu tidur dengan dia! Hebat! Aku dah lama tak tampar orang tau aku harap korang la yang paling bertuah!" Jeritku dengan sekuat-kuatnya , puas hati. Aku turun ke dapur, ku teringat lauk yangku panaskan tadi hanya untuk dia. Tidak sangka pula Donghyuck akan bawa pulang 'tetamu' tak diundang. "Sia-sia aja la aku masak, aku panaskan lauk, baik aku yang makan! Ish lelaki semua tak guna!" 

A Little Happiness || Lee DonghyuckWhere stories live. Discover now