"Y/n, awak semakin tenat. Ada banyak alternatif yang hospital ini sediakan untuk pesakit kanser barah seperti awak. Pihak hospital akan cuba yang terbaik demi selamatkan pesakit-pesakit disini termasuk awak. Tapi, awak rela sakit dari berubat. Saya dah tak mampu nak pujuk awak lagi" kata doktor tersebut. Bagaikan angin lalu aku dengar bebelan doktor tersebut. Tiada siapa yang menghargai dan menyayangi diri aku lagi, jadi mengapa aku harus berdiri teguh di muka bumi ini. Kan lebih baik aku tiada. Mungkin semua orang merasakan aku ini beban terutama sekali Donghyuck.
"Y/n kau ni kan makin lama makin melampau eh? Keluar pun tak bagitahu aku. Kau ingat aku tunggul eh?" Dia bersuara lantang memarahi aku. "Tak apalah kalau awak benci tengok muka saya, saya tak lama dah dengan awak. Tengokla muka buruk saya puas-puas" aku melempar beg tanganku di sofa. Terus aku naik ke atas. Air mata yangku tahan gugur jua. Aku masuk ke kamar mandi. Air panas yang turun mencurah-curah, menghangatkan tubuh badanku. Tika itu aku fikir yang perkahwinan ini adalah satu kesalahan besar. Aku telah jatuh sayang pada Donghyuck. Hanya di hati. Tidak mampu aku ungkapkan menggunakan bibir ini. Biarlah Tuhan sahaja yang tahu bisik hatiku ini.
Tikaku tidur, dadaku berombak dengan serangan yang tiba-tiba. "Ya Tuhan, sakitnya" aku bangun dan terjatuh ke lantai. Ku pegang kepalaku yang berdenyut-denyut hebat. "Ubat dah habis" botol yang aku pegang itu jatuh membuatkan Donghyuck terbangun. "Apa bising-y/n? Kau okay ?" Dia terus berlari membuka lampu utama. Terlihat jelas peluh-peluh di mukaku. Sungguh aku tidak mampu menahan sakit tika ini. "Y/n kau kenapa ni?" Tanya dia cemas. "Jangan bawa saya ke hospital" Donghyuck mengeleng pantas. "Tak boleh, keadaan kau teruk sangat ni. Aku dukung kau eh? Kita pergi hospital tau. Jangan buat aku begini y/n. Kau bertahan okay?"
Aku genggam erat pergelangan tangannya. Aku geleng perlahan, air mata menitis lagi dan lagi. Dengan pandangan sayu aku memberikan Donghyuck sepucuk surat yang telah aku tulis beberapa hari lalu. Aku tahu semua ini akan terjadi, dan aku telah sematkan semua memoriku di sepucuk surat ini.
"Saya..sayang awak Donghyuck" dengan lafaz ini dan dalam pelukan suamiku, aku pergi buat selamanya.
-surat y/n-
Hi suamiku,
ingat tak masa awak demam, awak sangat manja. Buat saya geli hati dengan perangai awak. Kita juga ada memori pahit ketika awak bawa pulang perempuan lain. Jujur di sudut hati ini, saya cemburu. Tapi tidak mengapa kerana sayangnya saya pada awak saya tutup semua kesalahan awak itu. Awak marah saya masa saya bersembang dengan Jaehyun di kafe. Awak cakaplah yang awak tu cemburu hehe. Masa kita jalan-jalan di taman itu. Kita seperti pasangan yang bahagia. Hati ini gembira Donghyuck. Saya penghidap barah otak. Maafkan saya kerana terpaksa meninggalkan awak lebih awal.
Saya tahu keberadaan saya bersama awak sangatlah singkat tapi percaya lah, awak sentiasa berada di hati saya cia cia cia! Anyways, jaga makan minum awak tu saya tak dapat nak masakan makanan kegemaran awak sebab saya dah jadi hantu HAHAHAH. Semua baju, tali leher and boxer awak saya dah susun elok-elok. Nanti pilih baik-baik jangan bagi terabur nanti saya datang cekik awak baru tahu. And thank you for a little happiness my love! Oh ya! Sampaikan salam sayang kepada keluarga saya ya? Sayang awak banyak-banyak muah!Awak kepunyaan saya!
Y/nDonghyuck p.o.v
Aku tidak sempat mengucapkan kata cinta pada y/n. Ya, hati ini semakin berbunga ketika melihat senyum tawanya. Namun Tuhan lebih sayangkan y/n dari aku. Jadi aku hanya mampu berpasrah. Aku lihat kubur di sebelahku. Tertera nama y/n. Nama yang indah begitu juga rupanya, sangat menawan. Aku lihat awan yang berarak mendung. "Y/n kau baik-baik sajakah di sana? Aku disini menantimu di kehidupan yang seterusnya. Aku berjanji akan menjagamu dan menyayangimu dengan setulus hati ini and happy birthday my love" aku bangun dan meletakkan bunga mawar di situ dan berlalu pergi bersama surat yang bermakna buat aku.Tamat
YOU ARE READING
A Little Happiness || Lee Donghyuck
Fanfictiony/n merupakan pesakit barah otak. Dia juga sudah berkahwin dengan lelaki pilihan keluarga dan menyintainya sepenuh jiwa. Namun, dia tahu Lee Donghyuck tidak akan pernah membalas cintanya