4

50 8 1
                                    

Seperti drama-drama yangku tonton di televisyen, mereka memaparkan kisah-kisah romantis walaupun cinta selepas kahwin walaupun atas paksaan. Oh mungkin Donghyuck akan jatuh cinta kepada aku kerana memberi perhatian kepadanya malam tadi. Aku mengekek ketawa dalam hati. Mana mungkin manusia akan jatuh cinta sepantas itu. Tanganku lincah mengaduk bubur, khas untuk orang yang tidak sihat semalam. Aku tuang bubur itu di dalam mangkuk dan menatang di dalam dulang bersama air suam. Ku sentuh dahinya "panas dia makin kurang" aku tersenyum melihat gaya tidurnya seperti keanak-anakan.
"Lee Donghyuck, bangun. Matahari dah terbit. Saya dah buatkan awak bubur" Dia celik sedikit demi sedikit.
"Bersyukur yang awak masih hidup" dia mencebik lalu memandangku sekilas. "Lapar" aku duduk di birai katil."Nah bubur" kataku sambil meletakkan mangkuk itu ditangannya. "Suapkan boleh, kesiankanlah aku tak larat nak angkat sudu" lalu aku beri tatapan menjengkelkan kepadanya. Tanpa banyak soal, mangkuk tadi beralih tangan. Lepas satu suapan, hingga ke suapan yang terakhir
"Berselera eh?" Aku tersengih dan bingkas bangun, tiba-tiba rasa tidak selesa berdua-duaan begini.
Dia menarik tanganku, aku tergamam. "Aku just nak bagi peringatan. Aku baik dengan kau tak bermakna aku dah terima kau. Ingat tu" aku mengangguk "Its okay, bukan saya hilang apa-apa pun kalau awak tak sayang saya" ya hati ini sakit. Entah berapa lama lah hubungan ini akan berkekalan. Mungkin hari ini atau mungkin esok. We will never know.
Sebelum aku memulakan kerjaku, aku telan dua biji ubat untuk kurangkan sakitku itu. Doktor sarankan agar aku tidak lupa mengambil 'makanan'ku itu. Ya,perlu bergantung kepada ubat sepanjang hayatku. Itu pun tidak pasti selama mana aku mampu bertahan.
Aku membuka komputer ribaku. Jari aku menari-nari di papan kekunci. Kerja sebagai penulis novel juga agak sukar. Ideaku harus mencurah-curah seperti air terjun. Aku lihat Donghyuck yang sedang berdiri di hujung tangga. "Apahal lah pula mamat ni" bisik hati kecilku. "Apa?" Soalku, mata masih melekat di skrin komputer.
"Bosan" Aku bangun perlahan-lahan dan menghampirinya. "Then?" Aku tunggu di situ..seminit..dua minit.
"Jom pergi jalan-jalan" aku berpaling dan duduk semula di tempatku. "Malas! Pergilah sorang-sorang" Donghyuck merengus kecil. "Ish temanla pleaseee" aku mengeleng kasar. Dia menghampiri aku sambil memeluk tubuhku yang kecil. Terasa dunia sempit seketika. Sumpah aku terkejut dengan tindakannya. "Okey!" Lambat-lambat aku mendaki tangga. "Pelik benar tadi cakap tak suka sekarang macam suka, lantak kau lah"

A Little Happiness || Lee DonghyuckWhere stories live. Discover now