6

56 6 0
                                    

"Aduh sakitnya kepala" erang Lee Donghyuck dan dapat perhatian dari aku. Aku mengeluh panjang. Selera makanku mati melihat dua merpati sejoli itu. Ku lepas sudu di tangan. Kerusi makan aku tolak dengan kasar. "Kau dah kenapa pagi-pagi mengamuk?" Tangannya menjalar melilit pinggangku dengan erat. 'kau nak apa lagi Donghyuck?' ku gigit bibirku perlahan. Kenapa hati ini cepat sangat berdebar dengan perilakunya. Ku tepis kasar.

"Nak romantik dengan isteri sendiri pun susah" aku palingkan tubuhku, menghadap lelaki yang sudah hampir membuatkanku dalam amukan cinta. "Eh hello? Isteri? Pernah awak layan saya macam isteri? Bawa perempuan lain masuk rumah depan mata saya. Mana otak awak?" Aku geleng kepalaku sedikit. Beginilah perkahwinan tanpa cinta.
Tanpa sempatku berpaling,

"Kau jealous?" Aku ketawa kecil. "Who cares? Bawa la 10 orang perempuan dalam rumah pun" tipuku. 'kau tu suami aku takkan kay tak paham perasaan seorang isteri?!' ku jerit kuat-kuat dalam hati, ya hanya dalam hati.

Langkah kakiku terhenti. "Aku lupa makan ubat" mataku membulat. "Please jangan sekarang, jangan depan Donghyuck" ku pejam erat mata, gagahkan diri untuk berlari. Tanpa sempatku melangkah anak tangga, pandanganku kelam. "Shit" gumamku perlahan. "Y/n!"

Ku pegang kepalaku yang berdenyut-denyut. Terasa dunia berpusing di sekitarku. Cahaya yang memancar terang di bebola mataku, aku membuka mata perlahan-lahan.

                                 ♡
Salahkah apa yang aku buat terhadap dia sekarang ini? Aku tak pernah layan dia seperti isteriku sendiri. Sumpah dia baik, terlalu baik. "Im sorry" gumamku perlahan. Aku tak layak menjadi suaminya. Aku harap dia membenciku dan akan tinggalkanku dan hidup dengan bahagia nanti. Aku lihat pergerakannya. Jatuh air mataku. Aku senyum, hati ini lega. "Y/n?" Aku terus dapatkannya, memeluknya erat. "Y/n kau okey?" Dia mengangguk perlahan cukup untuk aku melihatnya. "Kau nak apa-apa tak?" Dia mengeleng. Tanpa sedar aku tertidur dan dia dalam dakapanku. Ku lihat tidurnya yang nyenyak. "Cantikku, tidurlah dan rehatlah puas-puas, aku nak tengok senyuman manis kau lagi esok" ku kucup perlahan dahinya. Adakah aku sudah bersedia untuk menerimanya sebagai isteriku ? Oh Tuhan, bantulah aku.
                                   ♡
"Lee Donghyuck, Donghyuck" ku panggil berkali-kali namanya. Pelukan eratnya melemaskanku. Bukan aku tidak suka tetapi aku tidak  mahu sakitkan hati sendiri kerana dia tidak cintakan aku. Jadi aku seharusnya terima dengan kenyataan itu. "Lee Donghyuck!" Aku cubit perutnya. Terus empunya badan terloncat. Barangkali sakit yah? "Kenapa cubit?" Dia tatapku dengan pandangan tidak puas hati. Mukanya cemberut. "Im sorry" sambil ketawa. "Awak tu tak nak bangun saya nak pergi mandi ni" aku bangun dari pembaringanku. Namun tanganku direntap aku terbaring semula. "Tak payah mandi, kau bukan sihat lagi" mulutku ternganga luas "what? Busuk la nanti" Donghyuck ketawa berdekah-dekah. "Aku sorang aja yang bau, kau just tidur and aku buat semua kerja. Aku buat sarapan eh untuk kau"

Belum sempatku mengeluarkan kata-kataku, dia terus memecut laju dan menutup pintu bilik. Ku tersengih. 'Kalaulah perkahwinan ini bahagia seperti ini, aku tidak akan ada niat untuk meninggalkan kau Donghyuck' bisik hatiku. Aku bangun dan mencapai ubatku "kalau tak makan nanti pengsan pula" aku tahu sakitku semakin lama semakin teruk. Aku harap tiada siapa yang tahu tentang sakitku sehingga aku tiada lagi di muka bumi ini.

"Hi Jaehyun?" Aku tersenyum "Kau ada masa lapang tak? Aku nak jumpa kau, lama kita tak borak kan?" Aku terus mengangguk dan bersiap. Hari ini aku akan berjumpa dengan teman baikku. Kami telah berkawan sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Jadi aku tak kekok menceritakan masalahku kepadanya. Oh! dia juga tidak tahu tentang sakitku. Biarlah, janji orang di sekelilingku tetap bahagia.

"Jaehyun!" Ku peluknya erat. "Lama betul kita tak jumpa, i mean almost 2 years right? Macam mana kerja dekat syarikat ayah kau? Okey?" Dia tersenyum, menunjukkan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Senyuman manis itulah yang berjaya menawan hati-hati gadis di luar sana.
"Not bad, tapi itulah aku tak ada quality time sendiri, asyik kerja, kerja dan kerja" dia mengeluh perlahan." Ku tepuk bahunya. "Its okay Jaehyun, it will worth you soon buddy" aku tarik senyum.
"Macam mana suami kau? Dia baik tak? Kalau dia jahat aku pergi pukul dia!" Dia menjulang penumbuk, semangat berkobar-kobar. Aku ketawa, malu diperhatikan oleh pelanggan di kafe itu. "Takdela dia baik aja, kami dua still dalam proses percintaan" aku tersenyum pahit. Aku tahu senyuman itu kekok tetapi ku tayangkan juga. "Y/n aku tahu kau tipu. Kau cakap macam aku ni baru kenal kau kemarin. Bagi tahu aku sekarang" aku hembuskan nafas berat . Berat sangat untukku luahkan kata-kata. "Dia.."
"Oh ini la kerja kau? Keluar jumpa lelaki lain. Kau isteri orang kau tahu tak?" Aku terkejut. "Awak boleh pula?" Dia terdiam. Dia terus menarikku keluar dari kafe itu tanpa sempat aku ucapkan terima kasih dan selamat tinggal kepada Jaehyun.

"Awak ni kenapa!" Aku terus menarik lenganku. "Kau tanya aku kenapa? Tu siapa tadi? Kekasih simpanan huh?" Air mataku berjurai-jurai. "Saya nak jumpa kawan saya, is it wrong for you? Saya duduk dekat tempat terbuka yang ramai orang daripada awak berasmara dengan perempuan lain!" Satu tamparan hinggap di pipiku.
"Mind your words!" Aku malu. Malu dengan diri sendiri, malu dengan orang ramai yang menonton wayang percuma pergaduhan suami dan isteri. "Good Job Donghyuck awak buat saya benci awak dua kali ganda. Bagus! Awak berharap nanti tiada surat cerai atas meja awak!" Aku terus beredar. Aku pegang pipiku. "Mak aku pun tak pernah naik tangan tiba-tiba laki sendiri cari pasal" aku terus hidupkan enjin kereta dan pergi. Aku tiada hala tuju. Penat dengan dunia dan keadaan. Aku tidak mahu balik ke rumah keluargaku nanti aku disoal dan ini mungkin akan menyebabkan lagi banyak masalah yang akan timbul. Aku ambil keputusan untuk tinggal di hotel berdekatan.
"I hope things will get better soon"

A Little Happiness || Lee DonghyuckWhere stories live. Discover now