Prolog

31 0 0
                                    

Never regret! If it's good, it's wonderful. If it's bad, it's experience - Anynomous

MATANYA memandang wajah kedua pengantin baru yang sedang menyantuni para tetamu itu. Malam telah larut tetapi suasana di dalam dewan besar itu masih meriah.

"Hey.. berangan apa tu Daisy?" Teguran dari suara garau yang memegang lembut bahunya yang terdedah itu membuatkan senyumannya melebar.

"I am happy for them." Mata mereka bersabung pandang. Leo itu mengukir senyum paling manis.

"I harap Shantell dengan Rio bahagia." Ucapan Leo itu dijawab dengan anggukan sahaja. "We should head back."

Daisy mengangguk setuju. Dia bangun dan memimpin jemari lelaki kesayangannya itu. Mereka beriringan bersama. Leo itu riuh menegur beberapa orang kenalan sepanjang perjalanan keluar dari dewan besar itu.

"Eh.. kita tak beritahu Rio pun, kita nak balik.."

Leo itu menggelengkan kepalanya. Enggan berpatah semula ke dalam dewan. "Esok lusa, kita jumpa dia jugak. Let them have their moment."

Daisy mengangkat keningnya dan mengangguk.

"Now, let we have our own moment." Bisik lelaki itu lembut dan beriak sedikit nakal. Daisy mencubit lembut pinggang Leo itu sehingga lelaki itu mengaduh manja.

"Your graduation is around the corner and I have decided to drop all these and let us have our lives together."

Pengakuan Leo itu membuatkan langkah Daisy terhenti. Dia memandang lembut wajah lelaki itu. Sejak hari pertama mengenali lelaki itu, hidup mereka berdua tidak ubah seperti roller coaster. Laju, berisiko dan penuh debaran. Dan Daisy tidak pernah berfikir yang lelaki di hadapannya ini akan memilihnya.

"I tak pernah nak suruh you tinggalkan semua ni. I tau risiko pilihan I."

"I know. Tapi I yang nak. Lagipun semua dah selesai dengan baik." Leo itu mengambil jemari wanita itu dan mengucup lembut.

Daisy tersenyum.

"Pick one." Leo itu menunjukkan genggaman kedua belah tangannya untuk Daisy membuat pilihan.

Daisy berkerut. Leo mengangkat keningnya. Daisy memerhati reaksi lelaki itu. Hampir tiga tahun bersama membuatkan gerak-geri lelaki itu boleh ditebak. Ketika jemari kanan Daisy cuba memegang jemari kiri lelaki itu, ada kerutan kecil terhias di dahi lelaki itu. Daisy ketawa kecil sambil menggeleng perlahan.

Lantas, jemari kanannya beralih pada jemari kanan lelaki itu. Lelaki itu tersenyum lebar dan jemarinya dibuka. Seutas rantai dan loket berbentuk bunga Daisy terlihat. Daisy tersenyum dalam keterujaan.

"Let me put it on you."

Cantik! Loket bunga Daisy yang terukir huruf D itu diusap perlahan. Leo memeluk lembut tubuh Daisy.

Sedang mereka menikmati suasana indah berdua, tiba-tiba beberapa kereta berwarna hitam metalik jenis 4x4 mengerumuni mereka berdua. Pelukan Leo terasa semakin kemas.

"Don't panic. I got you, okay?" Bisik Leo lembut dan saat Daisy mengangguk perlahan walaupun dadanya mula berdebar hebat. Tiba-tiba tubuh Daisy terasa ditarik secara paksa dari pelukan Leo. Mereka dihampiri dengan segerombolan lelaki yang bersenjata.

"Leo!!!" Daisy menjerit.

Bersahutan dengan suara Leo. "Daisy!!!"

Daisy meronta untuk melepaskan diri namun tubuhnya dipegang oleh lebih dari lima orang lelaki dan dia terasa tiga pucuk pistol sedang dihala ke tubuhnya. Di sisi kepalanya, di bahagian pinggangnya dan di belakangnya. Daisy memejamkan matanya. Cuba bertenang.


"BANG!!! BANG!! BANG!!!" Bunyi bingit tembakan demi tembakan memenuhi halwa telinganya. Daisy membuka kelopak matanya. Leo sudah menembak beberapa lelaki yang mengerumuninya tadi. Bunyi tembakan itu bergabung dengan bunyi letupan bunga api yang berlarutan.

"Take him!!!" Suara lelaki bertempik dan kedengaran bunyi tayar berdecit.

Tubuh Daisy yang berbalut cheongsam merah hati itu rebah. Tendangan demi tendangan diterima.

"No! Daisy!!!" Suara Leo bertempik itu memenuhi halwa telinga Daisy

"Kalau kau buat perangai keras kepala kau ni, aku tembak perempuan ni!!" Tempikan lelaki yang berada di sisi Daisy itu cukup jelas kedengaran.

Leo meronta-ronta dan sebuah tembakan dilepaskan kea rah peha kiri Daisy. Daisy terdengar jeritan Leo tetapi matanya mula kuyu. Kekecohan itu membuatkan Daisy tidak dapat memperoses rasa sakit seolah ditoreh di bahagian peha kirinya. Hangat, pedih dan begitu sakit sekali.

Matanya mulai kabur. Dia menyeringai menahan kesakitan. Apa yang dia nampak, Lelaki kesayangannya sedang menjerit namanya namun tubuh itu ditarik oleh beberapa lelaki bersenjata.

"Daisy!!!!" Jeritan itu kemudiannya tidak lagi didengari. Mata Daisy tertutup saat tubuh lelaki itu masuk ke perut Hummer. Tubuh Daisy dibiarkan di situ. Sendirian. Ditemani tebaran bintang di langit.  

HOŞÇA KAL (in progress)Where stories live. Discover now