7

7 0 0
                                    

They always come back, especially when you moved on.. - Unknown

NADINE mengangkat wajahnya saat terdengar ketukan lembut di daun pintu pejabatnya. "Heyy.. mimpi apa?"

"Mana ada mimpi. Aku keluar ambil stok bunga. Singgah sini kejap. Rindu kat prawn aglio olio kau.." Trisya mengatur langkah masuk ke dalam pejabat Nadine. Kedatangan dia ke kafe Nadine memang secara tiba-tiba. Nadine cukup arif dengan pendiriannya tidak mahu ke kafe sekiranya Isaac ada di Malaysia. Dia memang tidak mahu bertembung langsung dengan lelaki itu.

"Ni untuk aku ke?" Nadine mengisyaratkan matanya pada bunga yang dibawa Trisya. Trisya mencebik tetapi tangannya menghulurkan jambangan yang digubah indah itu.

"Ahhh!! Thanks T." Nadine menjerit suka. Jambangan bunga Daisy itu diambil dan dihidu lembut. Jelas terpamer rasa gembira.

"We promised to buried Daisy's past, right?" Trisya bersuara. Dia melabuhkan punggungnya ke sofa pejabat Nadine. Nak tunggu Nadine pelawa, memang berjanggut lah.

"On it, T." Nadine menjawab sambil mencebik. "Dech dah balik." Nadine bersuara semula sambil jemarinya menarik sebatang bunga daisy dan menyelitkan ke simpulan kemas rambutnya.

Trisya menghela nafas. "Baguslah. Barulah otak kau tu straight sikit. Eh.. aku tak boleh lama ni. Malas kalau tiba-tiba terserempak dengan laki kau kang."

"Dia kerja lah. Jarang dia datang time kerja. Nak-nak lepas balik dari Bangkok ni."

Trisya menjulingkan matanya ke atas. Sebal. "Dech tu, macam pasang CCTV kat kau, kau tahu? Dia macam dapat hidu je aku dekat dengan kau. Tup.. tup.. nanti muncul. Aku malas nak pura-pura depan orang ramai."

"Orang kat sini semua tahu kau dengan Dech tak ngam." Komen Nadine.

"Sebab tulah malas nk pura-pura. Aku kena jaga airmuka kau jugak kalau Dech tiba-tiba datang kang."

"Mengarut lah kau ni. Dech takde nak datang lah. Jom, aku turun buatkan prawn aglio olio special untuk kau." Nadine bangun dan menarik lembut lengan Trisya. Trisya bangkit dan menurut langkah Nadine. Dia memang tak boleh lama lagi kerana perutnya sudah berkeriuk.

"Weh.." tegur Trisya tiba-tiba.

Nadine menaikkan keningnya ketika langkah Trisya terhenti ketika menegurnya.

"Kau ingat kau cantik ke letak bunga Daisy kat rambut tu?" Trisya menaikkan keningnya berkali-kali.

"Aku rasa cantik!" selar Nadine sambil jemarinya menyentuh lembut rambutnya. Sebuah senyum manis terukir.

Trisya menjeling. "Sebelum kau balik, kau baik cabut bunga tu. Dech tak suka bunga Daisy. Nanti dia tau pulak aku datang jumpa kau."

Nadine mencebik. Dia sudah hilang cara untuk membuat Isaac dan Trisya boleh bernafas dalam ruang yang sama. Kedua-duanya sama penting dalam hidupnya.


TRISYA menyisip lembut kopi buatan Nadine sebentar tadi. Asyik benar sementara menanti hidangan makanannya siap. Trisya duduk di bar stool yang tersedia untuk pelanggan yang datang solo untuk menikmati kopi atau makanan.

"Nah.. prawn aglio olio special, siap!!" Nadine membawa hidangan yang dipenuhi udang itu. Trisya mengukir senyum lebar. Rindunya!

HOŞÇA KAL (in progress)Where stories live. Discover now