3

7 0 0
                                    

You made me smile. Every. Single. Day.

"GIVE me some time." Isaac bersuara usai mereka habis makan tengah hari bersama. Nadine meneruskan kunyahannya perlahan. Isaac menghela nafasnya perlahan.

"We've been married for five years. Five amazing years, Dech."

Isaac memandang anak mata Nadine. Lembut. "I am not ready, Elis."

Nadine memejam matanya sambil menghela nafas lembut. Berbicara soal anak dengan Isaac seolah berbincang tanpa kata putus. Dia terlalu mahukan zuriat tetapi tidak di pihak Isaac. Ketidaksediaan Isaac memberi jalan sukar pada kemahuan Nadine.

"Tak sempurna ke I sebagai suami you, Elis?" soal Isaac apabila Nadine hanya mengunci bibir.

Nadine membalas pandangan Isaac. Penuh kasih. Dia sayangkan lelaki ini. Nadech Isaac ini berada di sisinya setiap kali dia tidak punya kekuatan mengharung hidup. Setelah pakcik dan makcik Nadine meninggal dunia, Isaac adalah dunianya.

"I pentingkan diri I sendiri?" soal Nadine. Lebih kepada dirinya sendiri. Isaac mengeluh perlahan mendengar kata-kata Nadine itu.

"I tak boleh paksa diri I. You tahu tu kan?"

"Okay. I takkan bangkitkan lagi hal ni, Dech. Selagi you tak bersedia. I juga kena hormatkan kemahuan you." Nadine memegang lembut jemari sang suami. Lelaki ini sempurna dalam rumahtangga yang mereka bina. Kerana itu, dia harus mengalah pada keinginan yang satu ini.

"Thanks, Elis. Thanks." Isaac mengukirkan senyum dan membalas pegangan tangan Nadine itu. Nadine hanya mengangguk


NADINE membuka laci almari bajunya. Semalam Isaac sudah selamat sampai ke Bangkok. Sehelai demi sehelai baju kecil diusap perlahan. Di awal perkahwinannya dengan Isaac, dia memang teruja untuk menerima ahli kecil yang baru. Namun, keengganan Isaac membuatkan impiannya hanya menjadi pemuja baju-baju kecil yang dibeli di awal perkahwinan dahulu.

Kelekaan Nadine terganggu dengan bunyi telefon bimbitnya. Dia bangun dan mencapai telefon itu. senyumnya tergaris apabila melihat gambar suaminya tertera di skrin telefon.

"Hi Dech.." Lembut nadanya menjawab.

"Hi sayang.." Suara garau Isaac kedengaran. Nadine tersenyum sendiri. Dia sepertinya jatuh cinta berkali-kali pada Isaac.

"How's Bangkok? Pa dengan Ma okay?"

"Semua okay. Elis okay ke sorang-sorang kat sana?"

"Okay je."

"Good then. Kalau cepat urusan di sini selesai, I balik awal okay? Nak souvenir apa-apa tak?" Suara Isaac mengusiknya. Isaac dan Bangkok memang tidak asing lagi. Mama dan Papa Isaac masih menetap di Bangkok. Bole dikatakan keseluruhan keluarga Isaac masih di sana.

"I nak you balik ke sini selamat and in one piece." Usik Nadine. Isaac ketawa bahagia.

"I will make sure I still be in one piece, Elis." Nadine ketawa lembut. Mereka berbual seketika sebelum menamatkan panggilan.

Bangkok, Thailand

BUTIR bicara yang masuk ke halwa telinga Nadine hanya bahasa yang kurang difahami. Riak wajah wanita tua yang sedang berbicara dengan Isaac itu terlihat kurang senang. Jika dilihat dari bahasa tubuh dan riak wajah wanita itu, jelas sekali dia kurang senang dengan kehadiran Nadine. Berbeza dengan lelaki tua yang bergelar bapa Isaac itu. Dia lebih tenang dan lebih banyak berbicara dengan cara diplomasi dengan isterinya. Ya. Nadine bukan menantu yang disenangi di dalam keluarga Isaac.

HOŞÇA KAL (in progress)Where stories live. Discover now