16

9 0 0
                                    

Each new day has a different shape to it. You just roll with it. – Quotereel

NADINE mengikat rambutnya tinggi. Seusai Trisya menghantarnya ke rumah selepas sarapan tadi, dia mula mengemas rumah. Nafas panjang dihela dan dia tidak boleh terus hanyut dalam situasi yang tidak pasti ini. Dia seorang isteri dan pemilik kafe. Perkara itu tak seharusnya diambil ringan. Apapun, Isaac masih suaminya. Siapa sebenarnya Isaac itu akan disiasat perlahan-lahan. Kerana dia pun tidak pasti keadaan sebenar antara mereka ini.

Bunyi loceng dari pagar rumahnya itu mematikan segala teka-teki di mindanya. Nadine menuju ke pintu utama. Menekan butang kamera dan terlihat wajah kesayangannya sedang tersenyum.

"Buka pagar ni, Elis." Suara garau itu membuatkan Nadine menjerit suka. Butang untuk pagar hadapan ditekan. Pintu utama dibuka luas. Dia berlari-lari kea rah susuk tubuh yang sedang melangkah perlahan itu. Lelaki itu menggelengkan kepalanya.

"Baba!!!"

Haji Elias ketawa suka dan membalas pelukan anak perempuannya. "Elis sihat?"

Nadine mengangguk laju. Dia terlalu gembira memeluk figura tua di hadapannya ini. Nadine kemudian mengambil beg yang disandang oleh Haji Elias itu.

"Baba tak call Elis pun.." Suara Nadine meleret manja dan lembut,

Haji Elias mengerutkan dahinya. "Baba call banyak kali dah, Elis. Baba siap bagitahu detail flight Baba pagi ni. Esok Baba ada routine check up kat IJN.."

"Aww.. sorry Ba.. Elis tak tengok phone.." Nadine menggigit bibirnya lembut. Terasa bersalah.

"It's okay. Nasib baik Elis ada kat rumah."

"Elis tidur rumah T semalam, Ba."

"Ohh.. tu yang sampai tak tengok phone tu." Haji Elias melabuhkan duduk di ruang tamu usai mereka masuk ke rumah itu.

"Dech balik Bangkok ada urusan, so panjang la langkah Elis, Ba." Nadine ketawa kecil. Dia kemudian menghulurkan segelas air kosong.

"Tak ada air sejuk ke?"

"Ehh.. Baba mana boleh minum air sejuk."

Haji Elias memandang anaknya. Air kosong itu diteguk. Gelas kosong kemudian dihulurkan. "Thanks mom." Ejek Haji Elias. Berbaur sebal.

Nadine menjulingkan matanya ke atas. "Okay.. okay.. Elis belanja Baba makan apa saja Baba nak makan."

"Or masak?"

"Belanja or masak. Apa saja yang Baba nak. Tapii.."

"Urgh. Hate that tapi.."

Nadine ketawa sambil mengusap bahu bapanya lembut. "Tapi lepas Baba check up la.."

"Elis, sama saja lepas check up atau sebelum check up. Takde beza pun.."

Nadine ketawa. "Okay, let's me decide lulus ke tak makanan yang Baba nak Elis masak."

"Masakkan Baba lauk kesukaan Baba.." Permintaan itu membuatkan Nadine mengangguk perlahan.

"Umi tak masakkan untuk Baba ke?" Nadine menggigit bibirnya perlahan. Sedar yang dia terlepas kata. Dia jarang masuk campur urusan keluarga Baba.

Keluarganya penuh dengan kisah yang pelbagai. Saat dia berusia lebih kurang dua belas tahun, Baba dan Mama berpisah dan membawa haluan masing-masing. Dia tinggal dengan Baba sehingga tamat sekolah. Kemudian, dia tinggal bersama Mama pula sehingga dewasa. Kedua ibu bapanya kini mempunyai keluarga sendiri.

HOŞÇA KAL (in progress)Where stories live. Discover now