9

8 0 0
                                    

In real life, love has to be possible. Even if it is not returned right away, love can only survive when the hope exists that you will be able to win over the person you desire – Paulo Coelho

NADINE terjerit kecil apabila terasa kakinya ditarik dari kaki katil. Isaac ketawa suka. Selimut tebal yang menutupi tubuh Nadine itu ditarik.

"Oh come on, Dech!"

"Bangun, sunshine!" Nada Isaac begitu gembira. Nadine tersenyum sendiri. Isaac di pagi ini begitu berbeza dengan Isaac yang sebelum-sebelum ini. Nadine membuka matanya sedikit.

"You extra chirping this morning, Dech." Nadine mengeliat memperbetulkan urat-uratnya.

"Happy fifth anniversary, Nadine Eliska!" Isaac bersorak.

Nadine bangkit dari pembaringannya. "Happy fifth anniversary, my husband. Toast to five amazing years together, Nadech Isaac." Nadine mengucup lembut pipi Isaac.

"First thing..." Isaac menghulurkan sepasang baju sukan.

"Apa?"

"Jogging!!" Sorakan Isaac itu disambut dengan wajah masam. Dia paling tak suka berjoging. "Smile, love. It's our anniversary." Jemari Isaac membentuk senyuman di bibir Nadine. Nadine menjulingkan matanya.


TROLI barangan yang ditolak Isaac itu sudah separa penuh. Pelbagai barangan yang diambil oleh Isaac, diletakkan semula. Isaac memang tidak pernah membeli barangan dapur bersamanya. Selalunya memang tugas Nadine untuk barangan dapur mereka atau barangan dapur untuk kafenya.

"Heii.." Isaac membulatkan matanya melihat makanan ringan yang diambil itu ditarik dan diletakkan semula di rak.

Nadine tergelak. "You tak makan junk food, okay."

"Tapi I teringin nak makan."

Nadine mencebik. Isaac ini seorang yang menjaga kesihatan dan jarang mengambil makanan yang tidak berkhasiat. "Yang makan benda-benda kurang sihat ni, hanya Nadine Eliska okay?"

Isaac ketawa kecil sambil mengangguk. "I nak beli untuk you."

"I boleh pilih sendiri, Dech. You main ambil je entah jenama apa-apa ni. Beli barang untuk masak la Dech."

Isaac mengangguk dan ketawa. Troli ditolak ke bahagian barangan dapur yang kering. Bahagia mereka dapat meluangkan masa bersama.

"DAR!" Fahd menarik laju buaian sangkut tempat Haydar berehat.

"Jangan la kacau aku. Aku dah siapkan kerja.." Haydar bersuara lemah. Matanya masih tertutup dengan lengan di atas dahinya.

"Kau kenapa dua tiga hari ni mood tak cantik ni?"

"Aku patah hati la. Jangan kacau."

Fahd ketawa besar. Haydar masih tidak mempedulikan kehadiran Fahd di situ. Lagu Here's the Perfect and Reckless itu diulang-ulang sehingga hafal.

"Teruk betul kau ni. Belum bercinta, patah hati macam dah lama bercinta."

Haydar melepaskan nafasnya perlahan. Matanya dibuka sedikit. "Aku tak tahu kenapa. Si Nadine tu macam dekat sangat dengan jiwa aku padahal aku baru je jumpa. Jumpa tau, bukan kenal macam kawan-kawan tu. Bila tahu dia dah ada suami, hati aku remuk redam, Fahd. Aku tak tipu." Mata Haydar sedikit berair. Fahd terdiam melihat reaksi Haydar.

"Aku tak tahu pulak kau rasa macam tu." Suara Fahd mula kendur.

Haydar bangun dari buaian itu dan duduk berhadapan dengan Fahd. Seharian ini, dia memang banyak menghabiskan masa dengan kopi-kopi sahaja. Kesibukan itu membuatkan Haydar sedikit terlupa tentang Nadine.

Haydar melepas nafas kasar. Rambutnya diraup. Kenapa dia terasa seperti memang putus cinta sakitnya? Padahal dia dan Nadine saling tidak mengenali secara rapat.

"Aku tak sangka kau rasa macam tu dengan dia, Dar. Aku ingat kau macam crush je dengan dia."

"Aku pun rasa macam tu, Fahd. Aku tak tahu kenapa aku rasa macam ni. Rasa dia teruk betul, Fahd. Aku tak pernah ingat, perasaan yang macam ni." Haydar menganggukkan kepalanya. Tetapi soal hatinya ini tidak mampu diterangkan secara mendalam.

Fahd mengusap lembut belakang Haydar perlahan. Tiba-tiba dia terlihat Haydar menunduk dan mengusap bucu matanya. Fahd melepaskan nafas dalam. Membiarkan Haydar melayan perasaan sendiri.

"Let's not go there and never see her ever again, okay?" Fahd bersuara lembut.

Haydar mengangguk laju bersetuju dengan kata-kata Fahd. "Let me stop whatever I felt here." Haydar menggeleng sendiri. Fahd hanya mengangguk.


"POTONG nipis sikit, Elis." Arah Isaac yang lengkap memakai apron. Sesekali dia berpaling ke peti sejuk.

Nadine meneruskan hirisan daging. Mee siam sudah dicelup. Sayur juga telah dicelur. Isaac berdiri di hadapan periuk sup itu dan sedikit teragak-agak. Nadine mengerutkan dahinya sedikit. Selesai mencuci tangan usai menghiris daging, Nadine memeluk tubuh memerhati gelagat Chef Isaac.

Sebelum sempat Isaac meletakkan sedikit cuka, Nadine menahan jemari Isaac. Isaac sedikit terpinga. Nadine merapatkan tubuhnya pada Isaac.

Isaac menelan liurnya. "You nak buat apa ni?" Soal Isaac tiba-tiba.

Nadine menyeluk tangannya ke dalam poket Isaac dan membawa keluar telefon bimbit Isaac. Skrin itu masih belum tertutup. Nadine mengangkat keningnya berkali-kali memandang Isaac.

"Alaaaa..." Isaac bersuara dan tiba-tiba ketawa. Nadine menekan skrin itu. Nama dan gambar Ma terlihat dan perbualan mereka dalam Bahasa Thailand.

"You minta Ma ajar you masak ya?" Nadine melihat keseluruhan perbualan tersebut namun dia tidak faham sepatah haram pun. Dia mengeluh dan menarik wajah rajuk pada Isaac. Isaac ketawa besar. Api di periuk ditutup. Dia memeluk Nadine perlahan.

"I tak pandai masak, Elis. Tak pernah pandai. I cuba je untuk kali ni."

Nadine membalas pelukan Isaac dan menghela nafas perlahan. Dia menepuk lembut belakang suaminya. "I tak kisah pun you tak pandai masak, Dech. You dah cukup sempurna sebagai suami pada I."

"Really?" Suara Isaac itu antara dengar dan tidak.

"Really, Dech. I love you the way you are."

"I love you, Nadine.." Isaac membisik lembut bicara tu. Nadine sedikit tergamam. Isaac tidak pernah begitu telus berbicara tentang perasaannya. Selama mereka berkahwin, Isaac tidak pernah terbuka bicara tentang 'three letter words'. Ini kali pertama setelah lima tahun berkahwin.  

HOŞÇA KAL (in progress)Where stories live. Discover now