18

8 0 0
                                    

Not even a million fights could make me hate you – QuotesGram

NADINE ketawa suka mendengar bicara lucu dari Haji Elias usai keluar dari pemeriksaan rutin di IJN. Berhari Haji Elias bersamanya, beterbangan semua masalah yang beraja di hatinya.

"Baba tak payah balik la. Duduk dengan Elis terus. Tak kering gusi Elis dengan Baba."

Haji Elias ketawa kecil. "Habis Umi kat sana macam mana?"

"Umi kan kerja. Baba lain sebab Baba dah pencen. So, Baba duduk lah dengan Elis sampai Umi pencen, Ba."

"Wah.. bukan main demand nya ya?"

Nadine ketawa suka. Sengaja mengusik sang bapa dengan permintaan luar alamya itu. Langkah kaki Nadine dan Haji Elias terhenti seketika saat mereka berada berhampiran kereta milik Nadine. Susuk tubuh Isaac sedang memeluk tubuh bersandar santai di sisi pintu bahagian pemandu sisi kereta itu. Tubuh lelaki itu diperhati. Isaac berpakaian santai dan berkaca mata hitam.

Nadine melepaskan nafas perlahan. Seolah menyedari ada mata sedang menilik tubuhnya, Isaac mengangkat muka dan mengukir senyum. Jemarinya dilambai perlahan pada Nadine. Nadine sedikit terpaku dan kemudian membalas lambaian tersebut.

Isaac kemudian menghampiri tubuh tua bapa mertuanya dan menyalami sopan jemari tua itu. "Assalamualaikum, Ba."

"Waalaikumsalam, Dech. Sihat ke?" Bahu Isaac diusap perlahan. Isaac memang menantu terbaik. Layanannya tiada cela sepanjang bergelar menantu Haji Elias. Walaupun Haji Elias kurang berkenan pada mulanya dengan lelaki kacukan Siam itu, tetapi kerana kasihnya pada anak perempuan tunggalnya itu, dia akur dengan pilihan Nadine.

"Alhamdulillah.. Dech sihat je, Ba. Cuma tenaga belum recharge." Isaac bersuara tetapi matanya melirik pada susuk sang isteri. Nadine melangkah perlahan ke keretanya. Buat-buat tidak mendengar bicara Isaac itu.

"Eh.. kenapa? Tak cukup tidur ke?" Sengaja Haji Elias bersuara sedikit kuat agar anak perempuannya terdengar. Matanya turut melirik pada reaksi Nadine. Isaac dan Haji Elias bersabung pandang.

"Bukan tak cukup tidur Ba. Tidur tak lena langsung." Isaac memegang perlahan lengan bapa mertuanya dan mengatur langkah seiring ke kereta Nadine.

"Laa.. sebab apa?" Haji Elias sengaja melayan drama menantu lelakinya.

"Bantal peluk Dech kan tidur hotel dengan Baba semalammm.." Meleret perkataan hujung itu beradu dengan tawa Haji Elias dan Isaac.

Nadine hanya mendengar tanpa reaksi. Dia tahu kedua-dua lelaki itu sengaja berdrama swasta di ruang parkir IJN itu. Nadine menghidupkan enjin keretanya dan kemudian matanya melilau seperti mencari sesuatu.

"Cari apa, Elis?" Tanya Haji Elias.

"Kereta Dech mana?" Soalan Haji Elias itu tidak dijawab tetapi soalan pula dituju pada Isaac.

Isaac tersengih-sengih. "I tak bawa kereta. Let me drive us."

"I ada banyak plan dengan Baba ni." Nadine seolah tidak mahu Isaac turut sama pulang dengannya.

Isaac hanya tersenyum. Haji Elias hanya membiarkan mereka berdua berbicara seketika. Tidak mahu masuk campur urusan rumahtangga anak menantunya.

"Tag me along. I cuti hari ni.." Isaac bersuara tanpa perasaan. Senyuman di bibirnya masih terukir. Dia kemudian meloloskan tubuhnya ke ruang pemandu.

HOŞÇA KAL (in progress)Where stories live. Discover now