14

4 0 0
                                    

The hardest walk is walking alone, by tut us also the walk that makes you the strongest – Fearless Soul

NADINE mengeluh melihat alat-alat pengesan yang ditemui pada semua barangan miliknya. Betul kata Trisya. Ini semua silapnya kerana tiada satu pun barangan miliknya itu dibeli sendiri. Semuanya adalah pemberian Isaac.

Nadine masih berbaring si sofa tiga tempat duduk itu sambil matanya tidak berkelip. Taburan alat pengesan kecil itu berada di dalam dompetnya, telefon bimbitnya, beg tangannya, dan keretanya. Nadine menutup matanya. Mencari ketenangan dan mencari maksud di sebalik alat pengesan ini. Dia melihat serpihan alat pengesan yang sudah dipecahkan itu. Nadine mengeluh.

Telefon bimbitnya ditekan. Nama Trisya ditekan untuk membuat panggilan.

"T.." Sapa Nadine saat kedengaran telefon itu dijawab Trisya.

"D..? Kenapa?" Tegur Trisya perlahan.

"T.. aku jumpa tracker kat semua barang aku."

"Yang dia beli?" Trisya menyambung ayat itu.

Nadine menghela nafas. "Ye."

"Habis kau nak buat apa sekarang?"

"Tak tahulah." Nadine mengeluh. "Esok.. kita jumpa.." Suara Nadine kedengaran separuh hati.

"Kat kedai aku?" soal Trisya. Dia faham dengan reaksi Nadine. Banyak perkara yang bermain di fikirannya.

Nadine menggeleng. "Tak boleh. Aku rasa kita kena jumpa kat port.." Perlahan suara Nadine menyebut nama tempat itu.

"Port?" Trisya mengulang perlahan nama tempat itu.

"No one knows that place than us."

Trisya mengeluh perlahan. "Jumpa esok.." Talian ditamatkan. Nadine bangun dan melangkah ke balkoni tingkat dua di bilik utamanya itu. Tiba-tiba telinganya tertangkap bunyi pagarnya dibuka. Nadine memeluk tubuh memerhati pagar rumahnya. Sesusuk tubuh kelihatan melangkah perlahan. Nadine memerhatikan gerak langkah itu. Dia kenal dengan susuk itu. Seperti tahu ada mata memerhatikannya, susuk itu tiba-tiba mendongak. Lelaki itu melambai.

"Dech suruh aku tengokkan kau." Laung lelaki itu.

Nadine mengangguk sambil melambai. Nafasnya dihela perlahan. Jika Isaac menghantar Pete untuk di beranda bawah, bermakna memang ada sesuatu. Dan dia harus berhati-hati untuk merancang langkahnya. Mungkin Isaac sudah tahu, alat pengesannya sudah diketahui. Nadine lantas masuk dan memeriksa beberapa alat pengesan yang belum diketuk. Nafas ditarik sedalamnya. Dia seharusnya berhati-hati dari pengetahuan Isaac selagi dia belum pasti apakah penyebabnya Isaac mengintipnya sebegini. Lantas dia meletakkan semula alat pengesan yang masih elok ke tempat asalnya.

Nadech Isaac, let's play your own game.

"EH, mana beg tangan kau semua?" Trisya memandang Nadine dari atas ke bawah. Nadine santai sekali. Tiada beg, tiada jam, dan tiada beg tangan.

"Kau kan ada.." Nadine memboloskan diri ke perut kereta. Dia menarik tali pinggang kaledar. "Jalan cepat.."

"Eh.. macam bos kau ye?" Trisya menjeling. Gear ditolak ke bahagian D dan kereta mula bergerak perlahan.

"D.." Panggil Trisya tiba-tiba. Matanya lebih banyak melihat cermin pandang belakang di dalam keretanya itu.

"Did someone follow us?" Tebak Nadine. Matanya memerhati cermin sisi kiri kereta Trisya. Trisya mengangguk mengiyakan.

HOŞÇA KAL (in progress)Where stories live. Discover now