22

10 0 0
                                    

It's hard to wake up from a nightmare if you aren't even asleep – j.s.

ISAAC mengeluh memandang makanan yang tidak berusik itu. Tubuh Nadine mula menampakkan tanda merah yang mulai membiru. Nadine masih bersandar dan mengadah wajahnya ke siling.

"You sengaja tak nak makan ke?" Isaac menolak kaki Nadine yang berjuntaian di kaki katil itu dengan kakinya. Perlahan sahaja tendangannya.

Nadine melepaskan nafas perlahan. "You ikat dua-dua tangan dan kaki I. Macam mana I nak bergerak? Nak suap makanan?"

"You jangan nak manja sangat, Elis." Isaac mengeluh. Melihat reaksi Nadine yang tidak berubah dengan bicaranya,. Isaac menyesali kata-katanya itu. Nadine tidak pernah mengada-ngada sepanjang dengannya.

"Sampai bila you nak kurung I ni? Kenapa you kurung I, Dech?" Lirih suara Nadine bertanya. Tenaganya mungkin berada di skala hampir merah. Badannya sakit-sakit. Rahangnya mula terasa sakit. Pergelangan tangannya sudah memerah akibat diikat. Selebihnya, dia penat zahir dan batin. Penat memikirkan kenapa Isaac bertindak menculik dan mengurungnya.

Isaac hanya mendiamkan diri. Dia mengelus rambutnya. Dia jadi belas memandang Nadine di hadapannya. Ikutkan rasa hati, dia mahu melepaskan ikatan di tangan Nadine itu dan membawanya lari dari semua ini. Tetapi untuk seorang Nadech Isaac yang akur pada keluarganya, dia hanya mampu memerhati Nadine dengan keadaan begitu.

"You bukak ikatan tangan I ni dan kita bincang, apa salah I sampai you kurung I macam ni, Dech. I tak selesa kena kurung, kena ikat dengan tak mandi ni. You are my husband, Dech. You boleh kurung I, dan I takkan lari dari you. I janji. I rasa suffocated kena ikat macam ni, Dech." Bicara lemah Nadine itu seiring dengan aliran airmata di bucu matanya. Nadine berpaling memandang anak mata Isaac. Pandangan mata mereka bersabung. Lama. Sehingga Isaac mengalihkan pandangan dan terus keluar dari bilik itu.

"SORANG je?" Haydar menegur ramah.

Lee mengangkat mukanya. "Ha ah. Sebab dah lepas waktu lunch. Orang kurang sikit. Staf tengah rehat. Nak order apa?"

"Machiato on the rock.." Haydar menyimpul senyum.

Lee ketawa sambil menggeleng. "Well.. Aku barista.. Bagitau je iced."

"Aku nak sebut iced tapi macam tak terkeluar tadi. Teringat on the rock pulak." Haydar dan Lee bersabung ketawa.

Lee lincah menyiapkan order untuk Haydar itu. "Right for you, mister.." Cawan kopi itu dihulur.

"Bos mana?" Soal Haydar tiba-tiba.

Lee terkesima seketika. "She's unwell.."

"Dia tak sihat?" Wajah Haydar berubah gusar. "Teruk ke?"

Lee mengangkat bahunya. "Oh.. masa kau jumpa dia tu hujan ke? Kau jumpa dia kan?" Lee menyoal tiba-tiba.

Haydar mengerutkan dahinya. "Memang aku jumpa dia. Tapi lepas kami berbual, dia tak nak balik dengan aku. Dia kata dia nak tenangkan fikiran dia."

Lee mendiamkan diri. Mindanya sedang berfikir pantas. Nadine tidak mungkin tidak datang ke kafe. Kafe ini dunianya. Dan dia tidak pernah menghilangkan dirinya begini tanpa berita. "Kau.. tak bawa dia balik? Dan kau tinggalkan dia kat situ?"

Haydar mengangguk laju.

"Kat mana korang jumpa? Boleh kau bawak aku?"

"Boleh.." Haydar bersetuju. Lee membuka apron dan kemudian memanggil salah seorang pekerjanya. Selepas memberikan pesanan pada pekerja kafe itu, dia berlalu bersama Haydar.

HOŞÇA KAL (in progress)Where stories live. Discover now