𝙸 𝚌𝚛𝚊𝚟𝚎 𝚊 𝚕𝚘𝚟𝚎 𝚝𝚑𝚊𝚝 𝚍𝚛𝚘𝚠𝚗𝚜 𝚘𝚌𝚎𝚊𝚗𝚜
Buat kesekian kalinya, Sarah melepaskan keluhan. Tangan runcing miliknya lincah bergerak mencabut rumput-rumput halus di sebelah. Habis hancur tanaman yang tidak bersalah itu dek tangan Sarah.
Sarah mengangkat kepala melihat pemandangan di hadapan. Tasik yang tenang. Bertambah tenang tasik itu apabila hanya Sarah yang berada di situ. Sudah tentu pelajar lain sudah pulang ke kolej dan rumah sewa masing-masing. Hanya Sarah yang berada di sini menunggu Adleen yang mempunyai hal bersama pensyarah.
Seketika mata Sarah mula bergenang mengingatkan berita yang baru sahaja Sarah terima daripada Mawar. Berita yang menghancurkan hati Sarah sehingga berkecai. Hampir sahaja Sarah meraung ketika mendengar berita itu namun dia masih waras.
Akhirnya Sarah hanya ketawa dan meminta Mawar menyampaikan ucapan tahniah kepada insan yang diraikan.
Mungkin ini takdirnya. Apa yang Sarah rasa selama ini hanyalah perasaan yang tidak perlu diiktiraf. Perasaan Sarah yang hanya Sarah sendiri rasakan. Bertepuk sebelah tangan. Perit kan? Walaupun ini bukan kali pertama cinta Sarah merupakan cinta bertepuk sebelah tangan tetapi kali ini lebih perit rasanya.
Kenapa? Sudah semestinya kerana ini cinta yang jelas. Bukan cinta kisah monyet semata-mata. Kali ini cinta yang benar dan jelas dirasai oleh Sarah.
"Sarah..."
Sarah melihat ke sebelah kanan apabila bahu kanannya ditepuk perlahan.
"Eh, eh. Aku dekat sini," balas Adleen dengan sengihan sambil mengambil duduk di sebelah kiri Sarah.
Sarah menaikkan mata ke atas. Adleen ini mengusik dengan cara yang sama sahaja. Tepuk bahu kanan tapi ambil tempat di sebelah kiri. Sudah dua tahun Sarah hadap dengan usikan Adleen ini tetapi tetap sahaja dirinya bertindak sebaliknya.
"Awek saya ni kenapa sedih?"
Adleen menyoal. Lutut dirapatkan di dada meniru kedudukan Sarah. Kepala dipalingkan merenung wajah muram Sarah.
"Asal kau sedih? Siapa sakitkan hati kau?"
Sarah mencebik. Air mata yang ditahan sedari tadi mula mengalir membasahi pipi.
"Dia dah nak bertunang. Esok."
Mendengarkan itu, Adleen mengangkat kepala. Sepasang mata mula terbuka luas. Bodohlah Adleen jika tidak tahu siapakah 'dia' yang dimaksudkan oleh Sarah.
Adleen melepaskan keluhan. Jika Sarah sedih dengan kenyataan itu dia juga turut bersedih. Bukan Adleen tidak tahu betapa Sarah sayang dan cintakan lelaki itu.
"Macam mana kau tahu?"
"Kak Mawar."
"Kak Mawar ada cakap apa lagi? Kau nak balik tak? Kalau kau tak nak balik, minggu ni kita balik rumah aku."
Sarah menggeleng perlahan. Air mata dikesat kasar.
"Baliklah. Sepupu aku nak bertunang, aku wajib ikut rombongan meminang. Lagipun Abang Ad anak tunggal, tak ada adik-beradik lain."
"Sarah..."
"Aku tak sangka. Rupanya Abang Ad ada someone dalam hati dia. Aku fikir dia tak ada perasaan dekat siapa-siapa."
"Abang Ad tu manusia, Sarah. Dingin macam mana sekalipun dia. Dia tetap ada perasaan. Mustahil tak ada someone dalam hati dia selama ini."
"Yalah, aku lupa. Dia manusia dan juga mahu bahagia. Bodohnya aku fikir dia tak akan ada sesiapa."
Adleen menggeleng perlahan.
"Itulah. Aku dah suruh kau confess dari dulu lagi tapi kau degil."
"Aku nak habiskan belajar dulu. Tinggal satu sem lagi. Rupanya tak sempat, tak ada jodoh rupanya aku dengan dia."
Sarah mencebik. Menyesal pula tangguh lama-lama. Kalau la dia tahu yang Adrian juga ada rasa mahu bahagia seperti manusia biasa sudah lama dia meminta Encik Raihan dan Puan Safiya meminang Adrian untuknya.
"Jadi. Kau nak balik ke tak?"
Sarah mengangguk. Dia wajib pulang untuk mengikuti rombongan meminang sang bunga. Adrian sepupunya dan jika Sarah tidak pulang sudah semestinya telinga dia berdarah dek bebelan Puan Safiya.
"Sarah. Banyak alasan yang ada untuk kau beri pada ibu dan abah kau. Kita boleh fikir sama-sama."
"A... Aku kena ajar hati aku untuk biasakan diri dengan kenyataan ini. Aku tak boleh mengelak. Lebih baik hati aku sakit sekarang. Untuk seketika. Daripada hati aku sakit selamanya.""Apa kau cakap ni? Kau pergi, kau juga yang terluka. Ini bukan mengelak, ini hanya untuk melindungi hati kau."
Sarah ketawa perlahan. Rasa terhibur dengan bicara Adleen.
"Eh, ketawa pula kau. Aku tak main-main. Aku tak setuju kalau kau nak balik."
"Kau ni. Jangan risaulah. Walau macam mana pun aku tetap kena pergi. Aku tak naklah kantoi. Kau dengan Kak Mawar saja yang tahu aku suka Abang Ad. Malu la aku kalau kantoi."
Adleen menepuk dahinya perlahan.
"Kau lebih risaukan tentang kantoi daripada perasaan kau sendiri, Sarah?"
"Ya. Dah, jangan cakap banyak. Aku dan kau akan balik rumah aku esok."
"Aku?"
"Ya, kau. Aku nak kau teman aku. Aku tak nak menangis seorang diri. Boleh kan?"
"Yelah. Aku balik rumah kau," balas Adleen. Tiada masalah bagi Adleen untuk ke rumah keluarga Sarah berbanding keluarganya sendiri.
Jarak dari universiti ke rumah Adleen tidak sampai sepuluh minit berbanding dengan untuk ke rumah keluarga Sarah yang memakan masa selama setengah jam juga. Jadi, Adleen boleh pulang pada bila-bila masa sahaja ke rumah keluarganya.
"Terima kasih, Leen."
Sarah berkata lalu menarik Adleen ke dalam pelukannya erat. Sarah ketawa apabila Adleen menolak dari dipeluk.
"Tak payah nak berterima kasih bagai. Belanja aku Starbucks."
TBC | Sarah Alanna | E-Book
YOU ARE READING
Sarah Alanna | TUTUP
Romance𝐒𝐄𝐐𝐔𝐄𝐋 𝐎𝐅 𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐀𝐋𝐀𝐍𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐗 𝐀𝐃𝐑𝐈𝐀𝐍 ____ Sakit kan apabila cinta kita tidak dibalas? Atau senang dikenali dengan cinta bertepuk sebelah tangan. Itulah yang Sarah rasakan. Sudahlah bertepuk sebelah tangan, nak luahkan...