𝙸 𝚌𝚛𝚊𝚟𝚎 𝚊 𝚕𝚘𝚟𝚎 𝚝𝚑𝚊𝚝 𝚍𝚛𝚘𝚠𝚗𝚜 𝚘𝚌𝚎𝚊𝚗𝚜
Sarah yang baru tersedar daripada lena menggapai telefon pintar miliknya yang berada di atas meja sisi katil. Dia menyentuh skrin sebanyak dua kali lalu terpaparlah paparan yang menunjukkan waktu ketika itu. Mata Sarah meluas. Sudah jam sebelas?!
Sarah memandang di bahagian sebelah dengan kerutan di wajah. Ke manakah Adleen? Seketika pancuran air yang menghempas lantai di dalam tandas kedengaran.
Tak guna punya Adleen. Boleh pula dia bangun dan mandi tanpa mengejutkan Sarah terlebih dahulu?
"Leen!"
Sarah memanggil Adleen sambil melangkah mendekati tandas itu.
"Apa?!"
"Kau buat apa tu?"
"Aku tengah masak ni ha. Anak aku lapar!"
Sarah menepuk dahi.
"Agak-agaklah kau memasak dalam tu? Masak untuk anak-anak syaitan kau ke?"
Adleen ketawa kuat mendengar soalan Sarah. Agak seram tetapi lebih kepada mencuit hatinya. Dia dan Sarah tiada beza. Jika Sarah agak senget kerana bertanya soalan seperti itu, Adleen juga turut senget kerana menjawab seperti itu.
"Kau nak apa Sarah?!"
"Cepatlah keluar. Jangan mandi lama sangat, membazir air rumah aku!"
Tidak lama kemudian, pintu tandas terbuka. Adleen keluar dengan sudah siap berpakaian secara ringkas memandangkan mereka hanya mahu berehat di rumah sahaja pada hari ini.
"Kurang ajar kau kan? Kau tunggu. Nanti kau datang rumah aku, kau mandi guna air mineral je."
Sarah mencebik. Langsung tak terkesan dengan ugutan Adleen. Gadis itu selalu sahaja mengutamakan Sarah setiap kali Sarah ke rumah keluarga Adleen. Adleen memang mengikut didikan kedua ibu bapanya iaitu untuk menghormati dan mengutamakan tetamu.
"Weh. Kita duk menjerit tadi, tak akanlah si Hawa ni langsung tak terkejut? Lena sangat ni."
"Haah. Langsung tak terkejut. Bagus betul la baby aku seorang ni."
Sarah mengatur langkah mendekati Hawa yang terbaring elok di tengah-tengah katil. Baju yang dipakai Hawa sedikit terselak sehingga menampakkan perut Hawa yang buncit itu.
Sarah membetulkan baju Hawa dengan sengihan. Perut Hawa yang sangat lembut dan gebu untuk dipegang di dalam baju itu digosok perlahan. Sarah yang agak geram dengan kelembutan itu memicit perlahan perut Hawa.
"Kau jangan Sarah. Menangis Hawa nanti satu hal pula nak panggil mama dan papa dia."
"Aku buat perlahan je."
"Suka hati kaulah, Sarah."
Adleen menggeleng lalu melangkah masuk ke dalam tandas kembali apabila teringat yang baju kotor yang dipakainya tadi belum dikeluarkan dari tandas.
.
.
.
"Sumpah tak adil. Dia dah mandi, aku ni belum. Patutnya dialah yang turun," bisik Sarah kepada dirinya sendiri.
Nasib baik Encik Raihan dan Puan Safiya seawal jam sembilan pagi lagi sudah keluar dari rumah. Kalau tidak, memang Sarah akan dimarahi oleh Puan Safiya kerana masih dalam baju tidur walaupun jarum jam sudah menunjukkan jam sebelas tiga puluh minit pagi.
YOU ARE READING
Sarah Alanna | TUTUP
Dragoste𝐒𝐄𝐐𝐔𝐄𝐋 𝐎𝐅 𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐀𝐋𝐀𝐍𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐗 𝐀𝐃𝐑𝐈𝐀𝐍 ____ Sakit kan apabila cinta kita tidak dibalas? Atau senang dikenali dengan cinta bertepuk sebelah tangan. Itulah yang Sarah rasakan. Sudahlah bertepuk sebelah tangan, nak luahkan...