S a t u

283 40 20
                                    

𝙸 𝚌𝚛𝚊𝚟𝚎 𝚊 𝚕𝚘𝚟𝚎 𝚝𝚑𝚊𝚝 𝚍𝚛𝚘𝚠𝚗𝚜 𝚘𝚌𝚎𝚊𝚗𝚜

Sarah yang ralit memerhati gadis manis yang berada di atas pelamin ringkas untuk majlis pertunangan itu tersentak apabila lengannya dicubit. Terus Sarah memandang Adleen yang berada di sebelah dengan kening yang terangkat.

"Weh, jangan nampak sangat yang kau tengah sedih. Nanti orang perasan, kau juga yang malu."

"Mana ada aku sedih."

Adleen mengangguk. "Kau tak sedih, tapi kau sad."

Sarah menjeling tajam Adleen. Bertambah sakit hati apabila Adleen hanya menayangkan wajah selamba.

"Dahlah. Kau chill je dulu. Dekat rumah nanti nak melalak tak ada siapa nak halang. Dekat sini tak boleh, buat malu je."

Sarah diam tidak membalas. Dia setuju dengan Adleen. Tak akanlah dia mahu menangis di sini pula walaupun sebenarnya air mata ini sedang menunggu peluang sahaja untuk menitis.

Sarah mengangkat kepala memandang kembali ke arah pelamin ringkas yang diduduki si gadis. Kata Mawar, nama gadis itu merangkap bakal tunang Adrian adalah Hani. Wajah Hani sesuai dengan namanya, semanis madu.

Lihatlah Hani yang sedang tersenyum gembira apabila cincin tanda ikatan pertunangan sudah selamat disarungkan oleh Puan Lisya, ibu Adrian. Tidak pelik bagaimana lelaki sedingin Adrian boleh terpikat dengan Hani. Senyuman gadis itu, sungguh manis.

"Adrian tak datang eh?" Adleen menyoal Sarah sambil mata mula melilau-lilau memandang sekeliling bagi mencari kelibat Adrian.

"Boleh datang ke?"

"Kenapa pula tak boleh?"

Sarah mengangkat bahu. Tanya dia, manalah dia tahu. Sarah belum pernah bertunang juga tidak mahu mengambil tahu mengenai Adrian. Lebih baik jika Adrian tidak hadir. Sarah tidak yakin hatinya bakal kuat jika Adrian turut berada di sini.

"Asal kau ni?"

Sarah memandang Adleen di sebelah dengan rasa keliru apabila Adleen mengenggam erat tangannya secara mengejut.

"Kenapa, Leen?"

Soal Sarah sekali lagi.

"Adrian datang."

Sarah memandang ke suatu arah yang menjadi tumpuan semua orang di dalam rumah ini. Semua pandangan tertumpu pada Adrian yang melangkah masuk ke dalam rumah dengan begitu segak.

Sarah yang melihat juga turut terpukau. Begitu gembirakah Adrian dengan pertunangan ini sehingga Adrian berpakaian dengan begitu segak? Kaki panjang milik Adrian mula melangkah ke tengah ruang tamu di mana Hani berada.

Sarah menunduk lalu memejamkan mata. Tidak sanggup melihat wajah Adrian dan Hani yang pasti gembira dengan ikatan yang terjalin di antara mereka. Sarah juga tidak sanggup melihat cara Adrian memandang Hani.

Semua mata tertumpu pada mereka. Biarlah, biarlah hanya Sarah seorang sahaja yang tidak menyaksikan saat itu sedangkan yang lain berebut mahu melihat pasangan itu. Ini baru sahaja bertunang, belum lagi kalau berkahwin. Nanti pasti semua berebut nak dekat dengan pelamin gamaknya.

"Sarah. Balik nanti kita pergi jalan-jalan nak?"

Adleen menyoal. Tidak mahu Sarah tenggelam dalam perasaan sedihnya ketika ini. Dia tahu Sarah tidak mampu, jadi apa gunanya kehadirannya di sebelah jika tidak melakukan apa-apa.

Sarah Alanna | TUTUPWhere stories live. Discover now