T e a s e r S i x

175 8 0
                                    

𝙸 𝚌𝚛𝚊𝚟𝚎 𝚊 𝚕𝚘𝚟𝚎 𝚝𝚑𝚊𝚝 𝚍𝚛𝚘𝚠𝚗𝚜 𝚘𝚌𝚎𝚊𝚗𝚜

"Abang Ad, turunkan Sarah. Sarah boleh berjalan sendiri."

"Tak boleh."

"Kenapa pula? Tadi Abang Ad nampak Sarah berjalan kan?"

"Sebab tak boleh dan tadi abang nampak budak dua tahun yang baru nak belajar berjalan. Bukannya Sarah."

Mata Sarah meluas. Adrian kata Sarah budak dua tahun yang baru nak belajar berjalan?! Terus dada Adrian, Sarah tampar kuat.

Hanya sempat beberapa kali sahaja apabila dia sudah dibaringkan di atas katil oleh Adrian. Adrian berdiri dengan tegak di sisi katil.

"Sakitnya budak ni pukul dada abang," ujar Adrian lalu mencebik seperti mengejek kekuatan Sarah sambil menyentuh dadanya.

"Sampai hati Abang Ad!"

"Ya, memang Sarah dah ada dalam hati abang. Don't worry, okay?"

Sarah terdiam apabila mendengar bicara Adrian. Dia berdehem perlahan sebelum mata dilarikan memandang ke arah lain. Hati, sabar. Jangan terlalu beria dan berharap.

Adrian tersenyum kecil sebelum badan ditundukkan sedikit. Bibir mendekati dahi Sarah sebelum dicium lembut.


SARAH ALANNA | E-BOOK

Sarah Alanna | TUTUPWhere stories live. Discover now