T e a s e r T w o

182 9 0
                                    

𝙸 𝚌𝚛𝚊𝚟𝚎 𝚊 𝚕𝚘𝚟𝚎 𝚝𝚑𝚊𝚝 𝚍𝚛𝚘𝚠𝚗𝚜 𝚘𝚌𝚎𝚊𝚗𝚜



"Kau keluar dengan Abang Ad kan? Kenapa menangis pula?"

"Abang Ad..."

"Ha, kenapa?"

Adleen mengambil tempat di sebelah Sarah dan berbaring. Kedudukannya diperbetulkan beberapa kali bagi mencari kedudukan yang selesa dan mampu menghilangkan rasa lenguh di belakangnya. Sambil mendengar luahan Sarah, bolehlah Adleen merehatkan badan.

"Abang Ad ajak aku keluar sarapan. Aku pun ikutlah tapi tak sempat sampai dekat mana-mana kedai pun, Abang Ad pusing balik kereta," ujar Sarah dengan sedikit tersekat-sekat bicaranya.

"Kenapa pula?"

"Kak Hani telefon Abang Ad."

"Kenapa?"

Sarah mencebik. Hingus yang seperti mahu mengalir itu disedut masuk kembali. Kedua belah pipi yang basah dengan air mata itu dikesat sehingga kering.

"Tak tahu sebab lepas je Abang Ad kata nak balik aku terus rasa nak menangis. Aku sempat dengar yang Abang Ad kata Kak Hani perlukan bantuan dia. Bantuan apa, aku tak dengar apa yang Abang Ad cakap."

Mendengarkan itu, Adleen mengeluh kuat. Lengan kanan milik Sarah ditepuk dengan kuat ingin menyedarkan Sarah.


SARAH ALANNA | E-BOOK

Sarah Alanna | TUTUPWhere stories live. Discover now