𝙸 𝚌𝚛𝚊𝚟𝚎 𝚊 𝚕𝚘𝚟𝚎 𝚝𝚑𝚊𝚝 𝚍𝚛𝚘𝚠𝚗𝚜 𝚘𝚌𝚎𝚊𝚗𝚜
Adrian melabuhkan duduk di atas sofa dengan keluhan bosan. Menyesal pula Adrian mengambil cuti selama tiga hari. Fikirnya dia mahu merehatkan badan pada cuti-cuti begini. Namun tidak mampu apabila dia bosan kerana tiada aktiviti menarik untuk dilakukan.
Oleh itu, sebaik mendapat tahu bahawa Adwan juga turut bercuti pada hari ini terus Adrian ke rumah Adwan dan Mawar untuk bermain dengan Hawa. Adrian suka bermain dengan Hawa kerana Hawa sangat manja dengan dirinya.
"Oi, kenapa mengeluh tu?"
Mawar menegur Adrian sambil menghidangkan air yang baru sahaja siap dibancuhnya di atas meja kecil berhadapan dengan sofa.
"Tak adalah. Hawa tu, lambat lagi ke nak bangun?"
"Hawa baru tidur tak sampai sepuluh minit. Menggelabah la Uncle Adrian ni," balas Mawar diikuti ketawa perlahan.
"Asal aku datang je Hawa nak tidur."
"Apa kau fikir Hawa tak reti penat ke? Budak lagi, memanglah suka tidur."
Mawar terhibur dengan gelagat Adrian yang jelas kebosanan apabila Hawa sudah tidur di dalam bilik. Tinggallah Adrian seorang diri di ruang tamu menunggu Hawa bangun daripada tidurnya dengan rasa jemu.
"Adwan mana?"
"Dalam tandas rasanya. Kau tak ada jalan-jalan ke? Bukan selalu kau ambil cuti kan?"
Adrian menggeleng.
"Aku malas nak keluar jalan-jalan tapi aku bosan duduk rumah seorang diri aje."
"Cepat-cepatlah kahwin, Adrian. Baru hilang rasa sunyi tu. Bila tarikh nikah kau dengan Hani eh?"
Adrian diam berfikir. Air kopi yang dihidangkan oleh Mawar dihirup perlahan.
"Aku pun tak tahu. Mungkin lambat lagi."
Mawar tersenyum nipis. Mawar tidak tahu apa yang ada di dalam fikiran Adrian dan untuk menyoal lebih-lebih pula, Mawar tiada hak.
Jika Adrian mahu membuka cerita, dia sedia menadahkan telinga. Namun lihat kepada Adrian, mungkin Adwan sahaja yang akan menjadi tempat Adrian bercerita.
"Aku terkejut tau Adwan cakap kau nak bertunang. Dahlah kami dapat tahu sehari sebelum majlis pertunangan kau."
Mawar berkata dengan sedikit rasa tidak puas hati. Sejak dia berkahwin dengan Adwan, hubungan Mawar dan Adrian sudah tidak begitu janggal. Ini kerana Adrian selalu sahaja memunculkan diri untuk berjumpa dengan suaminya. Dingin Adrian juga sepertinya sudah beransur hilang.
Adrian ketawa perlahan. "Bukan apa, cuma aku yakin yang kau dan Adwan tak ada masalah nak hadirkan diri ke majlis pertunangan aku walau last minute kau berdua tahu."
"Banyaklah kau."
"So, cerita la sikit macam mana kau berkenalan dengan Hani?"
Adrian sudah agak yang dia akan menerima soalan ini daripada Mawar atau sesiapa pun yang rapat dengannya. Tidak pelik kerana Adrian langsung tidak pernah mengenalkan diri Hani kepada sesiapa pun.
Bercinta pun tidak tetapi tiba-tiba sahaja mereka ditakdirkan untuk bertunang.
"Aku tak pernah bercinta pun dengan Hani."
Wajah Mawar berkerut mendengar pengakuan Adrian. Namun dia hanya diam tidak menyampuk bicara Adrian.
"Mak Hani tu baik dengan aku. Dah lama juga aku kenal dia, dalam dua tiga tahun lepas. Then bulan lepas tiba-tiba je dia lamar aku untuk jadi suami anak dia."
"Dia lamar kau untuk Hani?"
"Ya. Ambil masa juga untuk aku fikir dan bagi jawapan untuk lamaran itu. Dan akhirnya aku terima. Aku fikir nak berkenalan dulu dengan Hani tapi Mak Hani tak izinkan. Dia nak kami terus bertunang."
"Cepat sangatlah. Kau langsung tak kenal Hani kan?"
Adrian mengangguk mengiyakan. Dia langsung tak kenal Hani dan apabila dia sudah bertunang ini, dia rasa sedikit lain. Perasaan yang tidak sepatutnya pasangan yang bakal bernikah ada.
"Tak apalah. Kau cakap mak Hani tu baik kan? Mesti Hani pun baik orangnya. Aku tengok Hani pun mesra je dengan keluarga aku."
"Aku harap begitulah."
"Maksud kau?"
Adrian menggeleng dengan sengihan ringkas.
"Tak ada apalah. Mawar, aku nak tanya pasal Sarah boleh?"
"Sarah? Kenapa dengan Sarah?"
Adrian membetulkan duduk dan duduk secara bersila di atas sofa itu. Dia memandang Mawar dengan rasa tidak sabar untuk mengetahui kebenaran.
"Dulu Sarah warded sebab apa?"
"Oh! Pasal warded tu."
"Haah. Kenapa eh?"
"Kenapa kau nak tahu?"
Mawar tersengih nakal sambil memandang Adrian.
"Aku tak boleh tahu?"
Mawar menaikkan mata ke atas. Jarang sekali Mawar dapat mengusik Adrian. Adrian terlalu serius.
"Sarah pengsan sebab tak makan."
"Tak makan? Kenapa pula Sarah tak makan?"
Wajah Adrian berkerut tidak mengerti. Tak makan sehingga pengsan? Sedangkan makan itu adalah perkara yang paling nikmat Allah bagi kepada hamba-hambanya.
"Kau ingat tak Sarah dulu macam mana? Tak sama dengan sekarang. Dulu kan dia gemuk, sekarang dah kurus."
"Iyalah, aku baru teringat. Tak sangka kan dia boleh kurus macam sekarang," balas Adrian dengan sengihan. Dia masih ingat sebelum Sarah berumur tujuh belas tahun, bagaimana sepupunya itu.
Tidak sama seperti sekarang dan jauh berbeza.
"Macam-macam Sarah lalui sebab nak kuruskan badan dia. Sehingga Sarah seksa diri dia untuk kurus dan dia pengsan sebab tak makan."
Mawar menarik nafas. Apabila bercakap mengenai hal ini, barulah dia teringat kembali dengan derita Sarah. Apa yang Sarah lalui, Sarah lalui seorang diri. Sarah ketika itu masih remaja dan tidak matang dan apa pun tindakannya itu langsung tidak difikirkan dengan baik.
"Aku tak nak bercerita lebih sebab aku tahu Sarah tak suka kalau ada yang tahu tentang hal ini. Cukuplah kau tahu yang Sarah agak sensitif dengan berat badannya. Sarah sangat jaga pemakanan dia untuk pastikan berat badan dia seimbang. Susah kalau nak ajak Sarah makan, Sarah makan bila Sarah betul-betul nak makan."
"Dan tak selalu sangat Sarah serius nak jaga berat badan dia. Kadang-kadang. Kalau Sarah dah mula insecure, mulalah dia fikir lebih-lebih."
"Boleh pula macam tu?"
"Pada awalnya, aku pun rasa pelik. Dan apa yang Sarah kata adalah, orang yang tak pernah lalui apa yang Sarah lalui tak akan tahu dan faham apa yang Sarah rasa."
Adrian hanya diam tidak membalas. Dia tidak tahu reaksi bagaimana yang perlu dia berikan apabila mendengar perkara sebegini daripada Mawar. Jadi Adrian hanya diam dan berfikir.
Bila ayat tiada sesiapa yang mampu memahami derita seseorang itu keluar, Adrian pun tidak dapat menafikan lagi kenyataan itu. Lebih teruk jika ada yang memandang ringan dengan derita seseorang.
TBC | SARAH ALANNA | E-BOOK
YOU ARE READING
Sarah Alanna | TUTUP
Romance𝐒𝐄𝐐𝐔𝐄𝐋 𝐎𝐅 𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐀𝐋𝐀𝐍𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐗 𝐀𝐃𝐑𝐈𝐀𝐍 ____ Sakit kan apabila cinta kita tidak dibalas? Atau senang dikenali dengan cinta bertepuk sebelah tangan. Itulah yang Sarah rasakan. Sudahlah bertepuk sebelah tangan, nak luahkan...