Di Damansara Damai
Nama aku Nur Emyliana . Umur 18 . Sekarang aku sedang duduk di bus stop dengan keadaan diri ku yang basah akibat aku berjalan dengan perlahan di dalam hujan sambil memikirkan apa yang akan jadi kepada ku selepas dihalau keluar rumah oleh ibu bapa ku sendiri . Ini semua gara-gara kakak tiri ku . Ayah aku berkahwin 2 dan ibu ku meninggal di dalam suatu kemalangan yang disengajakan . Hanya tinggal ayah , bonda , emak tiri ku dan kakak ku yang bernama Elaina Sirine . Nama mat saleh kau . Dia cemburu apabila kekasihnya , Ammar Firdaus bakal ditunangkan dengan ku . Tau lah Ammar tu anak Dato' . Ada ke patut dia cakap aku ni senyap-senyap dah bertunang dengan orang lain . Cincin pun tak ada apatah lagi calon . Sedang aku termenung , tiba-tiba ada kereta Ferrari warna bronze berhenti di depan ku . Aku rasa ni mesti nak tanya tentang keadaan ku ni . Ye lah sekarang ni pun aku tengah memeluk tubuh yang kesejukan . Blaus berwarna pink yang ku pakai pula sudah lencun dan menampakkan singlet hitam ku . Rambut ku yang berwarna merah kehitaman ini sudah pun kebasahan dan bagasi ku yang berjenama Carlo Rino berwarna hitam ni pun sudah basah . Tapi basah sikit je . Ini kerana bagasi ku tahan basah dan tahan lasak . Nasib seluar jeans ku tak basah . Kelihatan seorang wanita berumur dalam 25 tahun rasanya keluar dari kereta dengan payung sebesar payung pengantin dan berlari anak ke arahku . Apabila berada hampir dengan ku , dia segera bertanya , "Adik ok ke ? . Macam sejuk je . Nak ke mana ni ?" " Tak ada nak ke mana . Saya baru lepas kena halau . Sejuk jugak la tambah-tambah lagi dengan hujan dan anginnya." "Marilah ikut aunty . Tak apa , tak susahkan pun . Lagipun aunty tak ada anak perempuan . Boleh lah merasa ." " Boleh jugak aunty . Memandangkan time macam nih macam tak ada je teksi atau bas nak lalu kan . Kalau panggil umi je boleh ? . " " Panggil je apa pun asalkan selesa . Dah jom . " . Kemudian keluar seorang lelaki yang mungkin suaminya . Dia segera menarik bagasi ku kemudian meletakkannya di dalam but . Aku pun masuk ke dalam kereta . Umi menghulurkan aku tuala dan aku mengguna tuala itu untuk menyelimut kan diri ku yang sedang kesejukan . Sedar tak sedar aku sudah tertidur .
YOU ARE READING
Aku Milik Dia
RomanceNur Emyliana telah dihalau keluar dari rumah oleh ibu bapanya kerana tipu helah kakak tirinya iaitu Elaina Sirine . Keluarga Irsyad Helmi hadir membantu Emyliana dan sedar tidak sedar Irsyad dan Emyliana saling mencintai . Selepas mereka berkahwin d...