Bab 11

138 4 0
                                    

Selepas habis berpantang , aku bercadang untuk pulang ke rumah umi di Bangsar . Aku sedang menyiapkan Haiedil manakala Faraisya menyiapkan dirinya dengan sendirinya . Apabila semuanya sudah siap , kami pun bertolak . Perjalanan kami berjalan lancar sehinggalah di suatu simpang , kereta kami dilanggar dengan kuat dan kereta ini pun terbalik . Aku memeluk Faraisya dan Haiedil sekuat mana yang boleh . Apabila kereta sudah henti berbalik . Aku melepaskan pelukan ku . Tiba-tiba , aku terdengar bunyi . Aku segera menyuruh Irsyad untuk keluar dari kereta namun dia sudah lemah kerana kaca dihadapan sudah menusuk kepala dan badannya . Dia menyuruh ku untuk menyelamatkan Haiedil dan Faraisya . Aku akhirnya akur . Sebelum aku keluar menyelamatkan diri dan anak-anak , aku bisik padanya , "Maafkan saya kalau saya ada buat salah dan silap . Selama kita kahwin , saya amat bahagia dan saya tak pernah menyesal berkahwin dengan awak . Saya dah maafkan semua kesalahan dan kesilapan awak . Kenangan kita tak akan saya lupakan . Selamat tinggal ." . Aku sempat mengucup pipinya . Selepas itu , aku membuka pintu dan menyuruh Haiedil dan Faraisya untuk segera keluar dan berlari sejauh mana yang boleh . Bila kami sudah diluar kereta itu meletup dan terbakar bersama-sama dengan Irsyad . Aku terduduk menangis sebelum aku pengsan .

Aku Milik DiaWhere stories live. Discover now