Walaupun sudah seminggu berlalu sejak kemalangan itu . Aku masih trauma . Kepala aku masih berbalut . Aku kini duduk di sudut bilik tidur aku dan Irsyad . Gambar perkahwinan kami semua aku koyak . Bingkai gambar yang ada gambar kami bersama pun aku baling dan kaca-kacanya berderaian di lantai . Bantal , comforter , cadar semua aku rentap dan baling . Barang-barang di atas meja pun aku baling . Bilik aku kini sudah bersepah . Kebiasaannya umi akan datang untuk jenguk aku dan anak-anak . Anak-anak aku itu sudah lama aku abaikan . Mujurlah Faraisya jenis yang berdikari . Malah , istimewanya dia sudah pandai masak masakan melayu , western dan dessert yang sedap-sedap walaupun umurnya masih 6 tahun . Haiedil pula baru 3 bulan . Tiba-tiba tombol pintu dipulas . Aku ingatkan itu umi . Rupanya Naim . "Kenapa bilik bersepah ni ? . Kalau Irsyad nampak macam mana ? ." "Dia dah lama mati , dah lama mati , dah lama mati ." Kataku seakan-akan aku ni telah dirasuk . "Kenapa cakap camtu dah gi bersiap nanti adik pindah masuk rumah kitaorang . Faraisya dengan Haiedil dah lama siap . Dah pergi biar along je yang kemas ." Aku lantas akur dengan arahan along ku itu .
![](https://img.wattpad.com/cover/34980473-288-k419287.jpg)
YOU ARE READING
Aku Milik Dia
RomanceNur Emyliana telah dihalau keluar dari rumah oleh ibu bapanya kerana tipu helah kakak tirinya iaitu Elaina Sirine . Keluarga Irsyad Helmi hadir membantu Emyliana dan sedar tidak sedar Irsyad dan Emyliana saling mencintai . Selepas mereka berkahwin d...