Di Taman Agnolia
Aku segera mengikuti Irsyad ke belakang rumah . Di belakang rumah ini terdapat sebuah taman . Ada dua buaian , satu pondok besar , kolam renang yang memang besar dan juga kolam ikan . Kami segera duduk di pondok itu . "Cantiknya . Tak pernah rasa ." "Sebelum nih you duduk kat mana ?" "Duduk kat aparment je . Kena halau sebab akak tiri . I dipaksa bertunang dengan kekasih dia . Jadi dia cemburu la . Dia bagitau kat ayah yang I dah bertunang dengan orang lain padahal cincin tak ada . Calon apatah lagi . Sapa la yang nak kat I nih ." . Sambil aku berkata , aku bergerak ke tepi kolam . Tanpa ku sedari Irsyad menolak ku dari belakang dan aku terjatuh ke dalam kolam . Dah lah aku memakai baju tidur putih dan seluar pendek paras peha je . Disebabkan marah aku menariknya agar dia pun terjatuh sekali . Apabila dia sudah berada di dalam kolam , aku segera berenang jauh darinya . Tapi dia segera menangkap kaki ku . Lalu menarik ku agar dekat dengan dia . Apabila aku sudah berada dekat dengan dia . Dia segera memeluk pinggang ku . "Pandang atas dan tengok apa ada di atas ." . Aku segera memandang ke atas . Sungguh banyak bintang . Benda ni berlaku untuk lebih kurang 20 minit . Aku tau umi sedang melihat dari pintu dapur dan dapur pula di belakang rumah . Bila umi menyedari aku sedang memandangnya , dia segera menghampiri kami dengan dua tuala di tangannya . "Irsyad , Emy . Dah dah lah tu . Mari makan . Dah sejuk dah makanan tuh . Lama umi cari . Rupanya kat sini ." "Eh umi tak perasan pulak kan emy ?" "Orang dah perasan lah ." "Saja je dia nih ." . Kami berdua segera keluar dari kolam dan terus mengambil tuala untuk mengering kan badan kami .
YOU ARE READING
Aku Milik Dia
RomanceNur Emyliana telah dihalau keluar dari rumah oleh ibu bapanya kerana tipu helah kakak tirinya iaitu Elaina Sirine . Keluarga Irsyad Helmi hadir membantu Emyliana dan sedar tidak sedar Irsyad dan Emyliana saling mencintai . Selepas mereka berkahwin d...