23 Februari
Hari yang dinantikan kini tiba . Aku berada di rumah ku . Aku sedang dimekap kan . Aku hanya mengena solekan nipis . Pada hari ni aku memakai baju kebaya yang bajunya berwarna gold dan kainnya berwarna hitam namun ada kilauan gold . Rambut ku yang panjang paras dada ini disanggulkan . Selepas mekap ku siap , umi menolong ku untuk memakai tiara yang berwarna gold dan kasut tinggi berwarna hitam . Bila semuanya sudah siap kami bergerak ke dewan .
Di Dewan
Kini aku berada di belakang 6 pengapit-pengapit ku yang umurnya 12-15 . Pengapit-pengapit ku kesemuanya membawa dulang hantaran . Hantarannya ialah dua pasang kasut sukan , wangian The Body Shop , dua sut pejabat dan juga anak kucing baka british short hair . Bila pintu besar dewan dibuka , pengapit ku memasuki dahulu dewan kemudian barulah aku . Sepanjang kami berjalan , bunga sakura yang diimport khas dari Jepun bertaburan jatuh . Pengapit-pengapit ku bijak menyusun dulang hantaran sepanjang perjalanan menuju ke tempat dudukku . Bila aku sudah duduk di kerusi panjang yang berwarna gold ini . Giliran Irsyad pula untuk memasuki dewan . Dia memakai baju melayu yang berwarna hitam dan sampin gold . Pengapit nya pun juga bijak menyusun kesemua 7 dulang hantaran sepanjang perjalanan menuju ke tempat duduk ku . Kini , tibalah masanya . "Semua dah sedia ke ? " . Ustaz itu pun bertanya . Maka umi mewakili pihak perempuan berkata dah dan Naim yang mewakili pihak lelaki pun berkata dah . "Irsyad Helmi ? " " Ya saya ." "Aku nikah kan dikau dengan Nur Emyliana berwalikan ayah saudaranya iaitu Aidil Fizrie dengan mas kahwinnya 230 ringgit tunai ." "Aku terima nikahnya Nur Emyliana dengan mas kahwinnya 230 ringgit tunai ." "Sah ?" . Dan semua pun berkata sah . Perlahan-perlahan Irsyad menghampiri ku untuk menyarungkan cincin . Jurukamera yang ditempah khas bijak mengambil gambar dari sudut yang betul . Kru-kru dari Mahligai Cinta juga hadir untuk merakamkan saat ini . Selepas acara memotong kek dan makan beradab , kami dihiburkan dengan lagu Knock Knock yang dinyanyikan sendiri oleh Elizabeth Tan .

YOU ARE READING
Aku Milik Dia
RomanceNur Emyliana telah dihalau keluar dari rumah oleh ibu bapanya kerana tipu helah kakak tirinya iaitu Elaina Sirine . Keluarga Irsyad Helmi hadir membantu Emyliana dan sedar tidak sedar Irsyad dan Emyliana saling mencintai . Selepas mereka berkahwin d...