Keesokan harinya
Aku bermain buaian di belakang rumah untuk hilang kan sedih ku . Irsyad pada hari ini harus membantu umi dan esoknya baru dia dan umi pulang . Aku melihat Naim menghampiri ku . Aku hanya tersenyum hambar . "Emy kenapa ni ? . Okay tak ? " " Pasal semalam ." "Dah menang award semua , nak sedih kenapa ? . Ke rindu irsyad nih ? " " Tak ada lah . Yang sebenarnya Elaina tu kakak tiri adik . Dia la yang tipu ayah dengan mak semata-mata nak kahwin ngan Ammar . Sepatutnya adik yang kahwin ngan Ammar ." "Ohh , alaa . Adik dah ada Irsyad . Hensem , baik dan banyak lagi lah . Dah tak mau sedih ." . Aku tersenyum padanya lalu meminta diri untuk beredar . Aku memasuki bilik ku . Aku terduduk diam di atas katil . Aku perasan perubahan pada Irsyad . Semakin hari , dia semakin pelik . Orang kata kalau perangai dia begitu , tandanya dia suka kita . Kalau lah dia suka aku juga . Aku pun dah mula sayangkan dia dan aku dah cuba untuk berhenti sayang kan dia . Namun ternyata gagal . Biarlah . Tanpa aku sedari aku terlelap .
YOU ARE READING
Aku Milik Dia
RomanceNur Emyliana telah dihalau keluar dari rumah oleh ibu bapanya kerana tipu helah kakak tirinya iaitu Elaina Sirine . Keluarga Irsyad Helmi hadir membantu Emyliana dan sedar tidak sedar Irsyad dan Emyliana saling mencintai . Selepas mereka berkahwin d...