S1 : foodpanda - 04

129 23 5
                                    

Dia , stranger yang aku cintai.
________

" laa , order budak sindrom lagi ? kali ni , nak makan sushi pulak ."

Minho geleng kepala . sindrom macam ni pun , makanan high taste ! sushi paling mahal pula tu jadi pilihan .

" kalau aku dapat anak sindrom macam dia , aku janji dengan diri aku takkan bagi dia makan benda-benda macam ni . otak tak berkembang !"

Minho ambil juga order itu . nak income katakan . terpaksalah kerja keras sikit walaupun dapat order daripada seorang budak sindrom .

___

" yes , i tahu assigment tu kena hantar pada prof but sekarang ni tengah cuti sem lah prof ! bila saya balik uk saya bagilah fail tu !"

Yoojin terus mengambil bungkusan makanan tanpa melihat penghantarnya . beberapa keping wang dihulurkan .

" dik !" panggil minho .

Yoojin mendongak . terkejut dia melihat wajah minho menyapanya .

" eh , abang foodpanda !"

Minho senyum . comel je dia tengok budak sindrom ni menyapa dia .

" Hari-hari order foodpanda , awak ni tak pandai masak ke ?" soal minho .

" Kalau saya masak , macam mana saya nak jumpa abang lagi ?"

Minho diam . yoojin kenyit matanya ke arah minho . manalah tahu minho boleh cair dengan kenyitan tak berapa menjadinya ini .

" ni baki ."

" terima kasih !"

Minho mengusap kepala Yoojin .

" dah empat kali aku jumpa kau dan kau masih macam kali pertama aku jumpa kau , budak sindrom ."

Minho mengeyitkan mata . dia terus pergi dengan motor pink nya .

" yah ! tak baik tahu tuduh orang sindrom !" jerit yoojin namun hanya sia-sia kerana asap motor minho saja yang ditelan .

___

Yoojin membebel tidak habis-habis sehingga soojin yang berada di bilik keluar menjenguknya .

" kenapa ni yoojin ? sampai ke atas kakak dengar kau membebel ." tangan soojin sempat mencubit lengan adiknya .

" sakitlah , kak ! Yoojin tengah geram ni . ada ke rider foodpanda tu pergi tuduh yoojin ni budak sindrom . dah tiga kali jumpa hantar makanan lepastu dia kata yoojin ni budak sindrom ." omel yoojin.

" memang pun ! perangai macam budak-budak . dah nak jadi doktor pun masih lompat sana lompat sini ."

" yang penting Yoojin ni bijak sana dan bijak sini . tu yang boleh jadi doktor tu ." balas yoojin riak .

" amboi , riak dan berlagak eh kau !"

" eheh , bila lagikan ?"

___

Minho tersenyum apabila teringatkan Yoojin . gadis cantik namun malang kerana menghidap sindrom down .

" agaknya dia single tak ? eh , mestilah single kan ? parents dia mesti tak bagi dia couple ." gumam Minho .

" kenapa aku asyik terfikirkan dia je ? aku dah jatuh cinta dengan dia ke ? eh , baru beberapa kali aku jumpa dia . takkan dah jatuh cinta pulak ?"

Minho menggaru kepala . dia tidak pernah rasa begini sebelum ini . sudah banyak perempuan cantik yang dia jumpa tapi satu pun tak pernah buat dia berminat .

kenapa bila jumpa yoojin , hatinya rasa berdebar-debar pula ?


[ √ ] Foodpanda | LEE KNOWWhere stories live. Discover now