S2 : foodpanda - 08

101 16 0
                                    

Jangan lupa bahawa kita pernah berjanji dahulu.
________

Minho menghempaskan badan ke atas sofa . dia meletakkan satu tangan ke dahi . penat dan pening dengan pelbagai ragam manusia yang dia jumpa hari ini .

" ah , kenapa tiba-tiba aku terfikir tentang yoojin ?"

Minho bangun . telefon di atas meja diambil . nama soojin ditekan . dia menunggu pihak sana menjawab panggilannya .

" kim soojin . aku nak tanya kau sesuatu ni . yoojin dah balik kan ?"

" kau tahu dari mana ni ? dia tak balik lagilah ."

" jangan tipu aku soojin . aku nampak dia tadi . bagitahu aku perkara sebenar . yoojin dah balik kan ?"

Minho dapat mendengar suara Soojin mengeluh di talian .

" dah enam tahun dia tinggalkan kau , minho . sudah-sudahlah tu berharap ."

" aku akan tetap tunggu dia . lama mana pun dia tinggalkan aku , aku akan tunggu dia . tiada perempuan lain yang dapat gantikan dia di hati aku ."

" dan sebab itulah pengakuan aku ditolak . begitu ?"

" ya . aku tak mahu sakitkan hati kau di kemudian hari . biarlah kau terseksa sekarang . kau tak boleh ganti tempat yoojin di hati aku ."

" tapi , aku kakak dia . sedarah dengan dia ."

" aku hanya sukakan kim yoojin ." minho menekan nama yoojin . dia tidak mahu soojin berharap padanya .

" okay , memang dia balik . cuma , dia tak pulang ke rumah ini . dia duduk di rumah sendiri ."

" aku nak alamat rumah dia ."

" apa yang aku akan dapat kalau bagi kau alamat dia ?"

Minho mendegus . Soojin benar-benar menyakitkan hatinya sekarang ini.

" keluar dengan aku then aku akan beri ."

" sampai mati pun aku takkan buat macam tu !" tegasnya .

Minho meletak telefon . dia bersandar di sofa . sakit hati dengan perangai Soojin yang seolah-olah mahu bermain tarik tali dengannya .

" aku akan jumpa Yoojin sendiri tanpa bantuan kau , Soojin ." tekad Minho

[ √ ] Foodpanda | LEE KNOWWhere stories live. Discover now