S2 : foodpanda - 18

98 16 0
                                    

Yoojin menyusup masuk ke dalam bilik kakaknya. Mujur tiada sesiapa yang perasan kehadirannya.

Pintu segera ditutup. Dia memandang belakang tubuh Soojin yang cantik berbalut gaun berwarna baby pink.

'Sepatutnya , aku yang pakai gaun tu.' gumam Yoojin sendirian.

"Kau datang sini untuk apa , Yoojin ?"

Yoojin tersentak. Dia berdecit lalu berpeluk tubuh. Meluat dia melihat wajah kakaknya.

"Aku datang untuk rampas semula hak aku."

"Hak ? Hak apa yang kau kata ni ? Kau lupa ke , kau sendiri yang serahkan Minho pada aku. Kau lupa ?" sinis nada Soojin mengejeknya.

"Itu dulu. Waktu aku dah mengalah. Tapi sekarang , aku tak mahu kehilangan Minho lagi."

"Wah , kau fikir semudah itu aku akan beri Minho semula pada kau ?"

Soojin menolak Yoojin hingga dia terjatuh ke lantai. Soojin menepuk tangan , memanggil pengawal.

"Ikat dia dan kurung dia di sini. Saya tak mahu dia menjadi pengacau dalam majlis saya." arah Soojin.

Pengawal itu mengangguk. Segera tubuh genit Yoojin diikat dengan tali.

"Yah , tak guna kau Kim Soojin ! Kakak jenis apa kau ni ?!" marah Yoojin.

Soojin yang berdiri di pintu , menoleh ke arah Yoojin. Senyuman sinis dilayang.

"Selamat tinggal Kim Yoojin."

[ √ ] Foodpanda | LEE KNOWWhere stories live. Discover now