S1 : foodpanda - 02

160 25 2
                                    

Dia , stranger yang aku cintai.
________

" kakak sempat balik tak tengah hari ni ?" soal Yoojin kepada Soojin , kakaknya .

" macam tak sempatlah dik. kenapa ? kau ada nak apa-apa ke ?"

" ingatkan nak pesan makanan . dalam fridge tu tak ada apa-apa langsung . kalau kakak sibuk , tak apalah . eomma dan appa pun tak tahu bila balik ."

Soojin menyeluk beg tangannya . beberapa keping not wang dihulur kepada yoojin .

" belilah makanan nanti . sorry , akak busy sangat bulan ni . nanti ada masa akak bawa kau pergi shopping barang dapur ."

Yoojin tersengih . huluran soojin disambut . kakaknya memang sering memberi dia duit . katanya , duit banyak tapi kalau tak diguna buat apa ?

" bye kakak !"

Kereta soojin semakin menjauh dari rumah  namun yoojin masih beria melambai . patutlah abang foodpanda semalam label yoojin sebagai budak sindrom down .

" so today , foodpanda lagi ! tapi hari ni kita makan piza pulak ! pizzahut or domino ?"

Selesai membuat pilihan , yoojin berbaring di atas sofa . tiba-tiba sahaja matanya diserang kantuk yang amat .

___

Minho membelek telefonnya . satu notifikasi muncul . minho membukanya .

" order ! eh , ini bukan rumah budak sindrom down semalam ke ? Mak bapak budak ni tak kisah ke budak sindrom down makan fastfood je ? hairan aku dengan parents zaman sekarang ni . haih ."

Minho mencapai helmetnya . kedai pizzahut menjadi sasarannya . lambat kang nanti pelanggannya marah pulak .

___

Ting ! Ting !

Minho menekan loceng rumah itu berkali-kali . hampir tercabut tangannya kerana lenguh menekan loceng itu .

" haih , dah order tapi orangnya mana ? ni makanan ni siapa pulak nak bayar ?" minho berdecit .

pintu rumah dibuka . keluar seorang perempuan berambut serabai sedang menggosok matanya . sekali pandang sudah serupa orang hisap dadah pula .

" abang ni siapa ? abang datang ke rumah saya ni nak apa ?" soal gadis itu dengan mata separuh terbuka . mamai agaknya .

" dik , tadikan adik ada order makanan . ni makanan adik ni abang dah hantar . ambil cepat lepas tu abang nak kena hantar order orang lain pulak ." ujar minho sambil menunjukkan bungkusan makanan itu .

Yoojin yang dari tadi tersengguk , terus segar bila melihat makanannya sudah sampai .

" yeah ! Makanan dah sampai !"

Yoojin meluru ke arah minho dengan agresif . terperanjat minho dibuatnya . terasa sedang melihat cheetah berlari ketika mengejar mangsa .

" sabarlah dik ! makanan adik ni tak lari pergi mana pun . abang ni yang nak lari tengok adik meluru macam tu ."

Yoojin menjeling minho . peduli apa dia ? Yang penting , makanan didahulakan perut yang lapar diutamakan .

" nah , duit ! baki simpan ! Thanks abang foondpanda !"

Minho berdecih . baki setakat lima sen buat apa ? nak masuk tandas awam pun tak lepas .



[ √ ] Foodpanda | LEE KNOWWhere stories live. Discover now