S2 : foodpanda - 07

105 17 1
                                    

Jangan lupa bahawa kita pernah berjanji dahulu.
_________

" kau masih simpan harapan pada dia ?"

Minho angguk . mana mungkin dia akan lupakan gadis pertama yang telah mengetuk pintu hatinya dahulu .

" tapi minho , dah enam tahun dia tinggalkan kau . tanpa sebarang khabar berita . kau yakin ke dia masih setia dengan kau seorang ?"

Minho diam . sekeping gambar yang diberi soojin merupakan satu-satunya alat yang mampu mengubati kerinduannya pada si dia yang jauh di united kingdom sana .

" aku yakin , dia masih berpegang pada janji kami dahulu ." ujar minho .

" aku tak mahu kau terluka . sakit dipermainkan orang yang kita cintai , mampu meragut nyawa tahu !" nasihat chan .

" chan , kalau memang kami sudah ditakdirkan bersama , tiada siapa yang mampu menghalang . aku akan pertahankan perasaan ni ."

" okay , if you say so ." chan mengalah .

Minho menepuk bahu chan . dia tahu , chan takut dia terluka kerana menunggu yang tidak pasti . tapi dia yakin , yoojin dan dia akan bersatu juga nanti .

tapi , si dia di sana masih ingatkah pada janji mereka dahulu ?

___

bagasi ditarik perlahan . cermin mata terpasang di mata menampakkan sisi anggun si pemakai .

' seoul , i miss you so much !'

sambil menunggu teksi untuk pulang ke rumah , si gadis membelek telefon . saja mahu lihat makanan apa yang patut dimakan hari ini .

' foodpanda ? ah , i think i should move on .'

aplikasi foodpanda ditutup . dia terus masuk ke perut teksi sebaik sahaja teksi yang ditunggu sudah tiba .

___

Minho menunggu lampu isyarat sambil bernyanyi kecil . ya , dia masih menjadi penghantar makanan kerana si dia .

mahu tahu , si dia sudah pulang dan order makanan melalui foodpanda dan pesanannya dapat kepada Minho ?

Masa depan tidak boleh diramal tapi boleh diusahakan .

' yoojin , bila kau nak balik ? aku rindukan kau .' monolog minho .

Minho meliarkan mata . ke kiri , ke kanan . sebuah teksi berhenti disebelahnya .

minho memandang ke dalam perut teksi itu . jantungnya berdebar tiba-tiba .

' yoojin ?!'

Minho cuba menarik perhatian gadis di dalam teksi itu namun sia-sia . nampaknya dia lebih tertarik melihat telefon daripada melihat dunia luar .

' kenapa aku rasa dia yoojin ? yoojin dah balik ke ?'

Minho membatalkan niat mahu mengekori teksi itu . dia sedar , dia perlu hantar makanan tepat pada masanya kepada pelanggan sebelum dia dimaki oleh mereka .







[ √ ] Foodpanda | LEE KNOWWhere stories live. Discover now