S2 : foodpanda - 13

94 15 0
                                    

Yoojin mengeluh buat kesekian kalinya. Matanya tidak lepas memandang telefon.

"Minho , I miss you so much..."

"Hye , Kim Yoojin."

Yoojin berpaling ke belakang. Susuk tubuh lelaki itu terus memeluknya , erat.

"Kau okay ?" soalnya.

"Tak."

Lelaki itu menarik senyuman. Kepala Yoojin diusap lembut.

"Ada masalah , ceritalah pada aku. Mungkin aku boleh tolong kau."

"No need."

Yoojin menepis tangan lelaki itu. Dia betul-betul tiada mood sekarang ini.

"Kau masih cintakan dia ?"

"Soalan apa yang kau tanya ni ? Dah tentulah aku masih cintakan dia."

"Sebab tulah kau tolak perasaan aku ? Begitu ?"

"Aku tak pernah sukakan kau lebih daripada seorang kawan , Keum."

Jejaka bernama Keum itu mengeluh. Sudah lebih tujuh tahun dia sukakan Yoojin sejak bertemu di uk pada tahun pertama pengajian.

"Doktor Keum , pesakit di wad 10 perlukan doktor sekarang." panggil seorang jururawat.

Keum angguk. Dia mengusap lagi kepala Yoojin sebelum berlalu. Yoojin mengeluh.

"Maafkan aku , Keum. Aku tak mampu nak balas perasaan kau kerana hati aku masih ada pada Minho." gumam Yoojin.

Tanpa sedar , ada seseorang yang memerhati aksi mereka berdua tadi. Perlahan-lahan tangannya mengepal penumbuk.

"Kau curang dengan aku ?"

_

Yoojin dan Keum sama-sama melabuhkan duduk. Suasana damai di tepi pantai itu membuat hati mereka tenang sedikit.

"Yoojin."

"Ya ?"

"Kenapa kau pindah ke Busan ?" soal Keum.

"Saja. Lagipun , bos aku yang arahkan aku pindah ke sini." dalih Yoojin.

"Kau tipu akukan ?"

Yoojin mengeluh. Keum ini , macam tahu-tahu saja dia menipu.

"Kita kenal dah lama , Yoojin. Dah lebih tujuh tahun. Muka kau bila ada masalah , nampak sangat jelas. Walaupun aku doktor bedah , aku boleh tangkap sangat air muka kau yang ada masalah tu. Tak perlu jadi doktor psikologi pun."

Yoojin tergelak. Kelakar bila lihat wajah Keum yang beria-ria mengorek rahsianya.

"Gelak , gelak ! Aku serius ni Kim Yoojin !"

"Tak payahlah marah sangat ! Aku cuma rasa muka kau tu kelakar." bidas Yoojin.

Keum berdecit. Dia pasti masalah Yoojin ini ada kaitan dengan Minho.

"Kakak kau , masih nak rampas Minho dari kau ?" soal Keum.

Wajah Yoojin terus berubah mendung. Dia menghela nafas perlahan.

"Hurm , rupanya dia turut cintakan Minho. Sepanjang aku berada di UK , dialah yang banyak membantu Minho. Aku ni , sedikit tak bertanya khabar Minho. Girlfriend yang tak gunakan aku ni ?" ujar Yoojin , sambil menahan tangis.

"Yoojin-ah , janganlah menangis macam ni. Aku tak kuatlah tengok kau menangis. Nanti aku pun rasa nak nangis sekali." pujuk Keum.

Keum menarik tubuh genit Yoojin ke dalam pelukan. Kepala Yoojin disandarkan ke dadanya.

"Menangislah. Aku ada dengan kau." pujuk Keum sambil menepuk perlahan belakang badan Yoojin.

"Kim Yoojin."

Yoojin tersentak apabila mendengar suara yang sangat familiar itu. Mereka berdua menoleh ke belakang.

"Betul kata Soojin. Kalau aku jumpa kau di sini , aku pasti akan menyesal. Sekarang aku percaya kata-kata dia. Dan aku sangat menyesal. Menyesal kerana menunggu kau , Kim Yoojin."

Yoojin meneguk liur. Wajah dingin Minho membuatkan Yoojin resah.

"Minho , awak dah salah faham..."


[ √ ] Foodpanda | LEE KNOWWhere stories live. Discover now