S2 : foodpanda - 11

98 17 2
                                    

" Betul ke apa yang Yoojin dengar tadi ?"

Soojin dan Woojin saling berpandangan. Kelu mahu menjawab soalan Yoojin.

" Yah , jawablah !" suara Yoojin sudah naik seoktaf.

" Yes ! Memang aku suka Minho !" jawab Soojin.

" Tergamak kakak ?" air mata Yoojin sudah bergenang.

" Aku yakin dia akan pilih aku jadi kau boleh tinggalkan dia , Yoojin ."

Yoojin menghampiri Soojin. Satu tamparan dihadiahkan ke pipi mulus kakak kandungnya itu.

" Yoojin !" terkejut sungguh Woojin melihat Yoojin menampar Soojin .

" Mulai hari ini , kita adalah musuh. Jangan berani rampas Minho dari aku !"

Soojin tersenyum sinis. Nampaknya , Yoojin benar-benar mahu berperang dengannya kerana seorang lelaki.

" Kau tak malu ke ? Bergaduh dengan darah daging kau sendiri kerana seorang lelaki ?" ejek Soojin.

" Kau lagi tak malu. Rampas kekasih adik sendiri."

" At least , aku ada dengan dia sepanjang enam tahun kau tinggalkan Minho. Kau ? Ada pernah terfikir tentang dia ? Makan minum dia , hidup mati dia . Ada fikir ?"

Tanpa membalas , Yoojin terus keluar dari rumah agam itu . Hatinya tidak cukup kuat untuk bermusuh dengan kakak kandung sendiri.

" Apa kau dah buat ni Kim Soojin ?" soal Woojin.

" Aku cuma nak Minho jadi milik aku. Mencintai seseorang itu bukanlah satu dosa."

" Tapi , Minho tu kepunyaan adik kandung kau sendiri. Kau sanggup biarkan adik kau sedih macam tu ?"

Soojin berdecit. Sudah tahu bahawa Woojin pasti akan melebihkan Yoojin berbanding dia.

" Percayalah , Minho akan balas perasaan aku jugak suatu hari nanti."

Woojin menggeleng perlahan. Kim Soojin , seorang manusia yang tamak. Sanggup merampas kekasih adik sendiri.

Sudah gilakah ?





[ √ ] Foodpanda | LEE KNOWWhere stories live. Discover now