Mata aku terkebil-kebil mendengar apa yang Kai cakapkan pada aku. "Ap-Apa? Kai tergelak lalu menggeleng kepala. "Awak..." tangannya pantas merangkul pinggangku, menarik aku rapat padanya. "Takkan benda yang simple awak tak faham hm?" dia merapatkan bibirnya pada telinga aku. "Saya tak kisah apa keluar pergi mana-mana asalkan saya tak nampak awak bercakap dengan lelaki lain. Faham?"
Aku melihat Kai dengan penuh tidak percaya. Buang tebiat ke apa dia ni. Tak boleh cakap dengan laki lain? "Habistu kalau kat kedai tu cashier laki macam mana?" Kai tersengih, lengannya masih tidak lekang dari pinggangku. "Awak tak payah beli dekat kedai tu." Aku memandang Kai sekali lagi. Sungguh aneh permintaan orang muda ini.
Tap- Shh.. Jarinya diletakkan dibibirku, membisukan aku. "Takde bantahan. Ikut arahan saya, awak selamat." aku mengangguk perlahan. Kai mengucup lembut pipi aku lalu meleraikan pelukan. "Ok saya nak keluar sekejap nak beli barang. Awak duduk rumah. JANGAN keluar pergi mana-mana ok." aku mengangguk sekali lagi. Kai melemparkan senyuman sebelum melangkah keluar dari rumah.
Aku mengeluh perlahan lalu terus melabuhkan punggung ke atas sofa. "Nak buat apa ni? BOSAN BETULLAH" aku mengambil telefon di kocek lalu membuka aplikasi Insetagaram. Wow ramai benar lelaki- kamu sangat nakal ya Sunhee. Sedang aku sibuk scroll post lelaki-lelaki itu, kedengaran bunyi barang jatuh yang luar biasa. Aku toleh ke belakang lalu terkedu. Kai sudah kembali dari kedai dan wajahnya alamak tiada senyuman langsung. Mengasyikkan betul.
"Park Sunhee." Aku tergamam lalu mematikan telefon. Mampuslah aku. "Sa-Saya boleh jelaskan-"
"No." aku terdiam sekali lagi. Hi guys harini hari terakhir saya hidup di muka bumi ini sekian terima kasih cinta loser = lover. Kai merenung tajam anak mata aku yang tersangat perang ini. "Saya cakap apa?" aku bermain jari, bibirku terkumat kamit mengeluarkan sesuatu tapi tiada apa pun yang terkeluar. Kai berjalan ke arah aku lalu menolak aku ke sofa, mengejutkan aku.
Huening Kai! Apa yang-
"Shhh awak diam sekarang." Kai menggeleng kepala. Dia menjilat bibirnya yang kemerahan itu lalu ketawa kecil. "Awak nak kena hukum ni." Mataku terbuka luas. Hukum? No no no. Aku tak mahu, nonono. "Hu-Hukum?" Kai tersengih dengan aku yang tiba-tiba gagap. "Awak nak hukuman yang mana? Ringan-ringan ke berat?" aku menggeleng kepala. Sungguh aku tak mahu hukuman tapi aku yang salah sebab dia tangkap aku melihat lelaki lain.
"Aww awak tak nak kena hukum?" Kata Kai sambil memuncungkan bibir. Aku mengangguk diiringi dengan air mata palsu. "Ok Ok saya lepaskan awak lagi kali ini." Kai membangunkan dari pembaringan lalu memeluk tubuhku. "Awak perempuan yang baik kan?" Soal Kai sambil mengusap lembut rambut aku. "Ya-Ya Kai."
"Baiklah saya pergi ke dapur nak masak untuk makan malam ok byebye muah." Kai mengucup lembut bibir aku sebelum beredar ke dapur. Aku meletakkan tangan di atas dada lalu menarik nafas lega. Selamat aku kali ini. Kalau datang dja punya gila tu, sudah tentu aku hilangjari lain. Kataku sambil melihat kelapan lapan jari tanganku.
YOU ARE READING
Yandere Time (Kpop/Kactor)
FanfictionNoun. yandere (plural yanderes) (chiefly Japanese fiction) A character, usually a girl, who has a obsessive and possessive side in regards to their crush, ready to use violent and murderous means to maintain an exclusive bond.