Mingyu [SEVENTEEN]

34 5 0
                                    

"Sampai bila awak nak lari dari saya? Sampai bila Haesol?" Haesol pandang ke tempat lain, tidak mahu memandang Mingyu. Mingyu mengetap bibir, dia hampir hilang kesabarannya. Kenapa? Haesol keluar bersama kawan-kawannya tanpa pengeluaran Mingyu dan Mingyu memang tidak suka akan kawan-kawan Haesol. "Suka hati sayalah kenapa awak nak kisah?" kata Haesol sambil memeluk tubuh dan mencebik. Mingyu menghela nafas berat lalu menolak Haesol sehingga dia jatuh ke atas sofa. "APA YANG AWAK CUBA BUAT NI?!" soal Haesol dengan terkejut.

Soalan Haesol terus mati apabila Mingyu mula ketawa, ketawa yang menyeramkan, seolah-olah bukan dirinya. Mingyu menerkam Haesol, merapatkan tubuhnya dengan Haesol. Lengannya memerangkap Haesol yang kecil dalam dakapannya. "Aw-Awak tahukan saya tak suka kawan-kawan awak tapi apa yang awak buat." Haesol terdiam. Adakah ini Mingyu? "Awak KELUAR dengan kawan-kawan awak TANPA BAGITAHU SAYA!" suara Mingyu yang kasar menakutkan Haesol. Mahu saja dia lari sekarang. "Le-Lepaska-"

Haesol terus terkunci apabila Mingyu meletakkan jarinya pada bibir Haesol  "Shhh..saya taknak dengar apa-apa daripada awak sekarang." Mingyu mula mencium bau-bau dari leher Haesol. "Wanginya awak harini." kata Mingyu diiringi dengan beberapa kucupan pada leher Haesol. Haesol menggeliat kerana tidak selesa. Kenapa Mingyu perlu cemburu dengan kawan-kawannya. "Oppa, sudah..." Mingyu merenung tajam ke dalam anak mata Haesol, membuatkan Haesol menjadi bisu semula. "Saya cuba kawal cemburu saya." kata Mingyu selepas meleraikan dakapan. Haesol memandang Mingyu lalu masuk ke dalam bilik. Mingyu mengeluh. Berapa banyak kali dia harus bagitahu Haesol yang Haesol hanya milik dia seorang. HAK MILIKNYA. 

Beberapa hari kemudian~

Haesol sedang menonton cerita kegemarannya apabila sebuah berita tergempar muncul di kaca tv. 

"SEKUMPULAN PELAJAR DITEMUI DIBUNUH DI BANGUNAN TERBIAR BERDEKATAN DENGAN UNIVERSITI BUSAN. MANGSA-MANGSANYA IALAH CHOI YURA, SONG HAN MI, LEE MIN JU DAN PARK SU JIN. PUNCA PEMBUNUHAN MASIH DALAM SIASATAN. PEMBUNUH TIDAK DAPAT DIKESAN. PENCARIAN PEMBUNUH MEREKA MULA BERJALAN. TAKZIAH KEPADA KELUARGA DAN SAHABAT MANGSA PEMBUNUHAN KEJAM INI."

Airmata Haesol mengalir membasahi pipi. Apa yang terjadi? Matanya masih lagi tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Semua sahabatnya dibunuh dengan kejam. Siapa... Siapa yang sanggup membunuh mereka semua? Apa salah mereka sampai dibunuh begitu kejam sekali? 

Tidak lama kemudian, Pintu rumah dibuka. 

"Sayang-" Mingyu terdiam apabila melihat wajah duka Haesol lalu berjalan dan memeluknya. "Kenapa ni sayang? Kenapa awak menangis ni?" Haesol memeluk erat Mingyu lalu melepaskan kesedihannya di bahu teman lelakinya itu. "Semua kawan saya kena bunuh." Mingyu mengurut perlahan belakang Haesol. "Awak kena kuat. Pihak polis mesti tengah cari pembunuh dia. Awak jangan risau. Mesti polis dapat kesan pembunuh tu." Mingyu mendakap Haesol dan menatap wajah sayu wanita itu. Mingyu melemparkan senyuman kasihan pada Haesol lalu mengelap  airmatanya. "Dah dah jangan nangis. Tak lawa muka kesayangan saya camni." Haesol ketawa terhadap kata-kata Mingyu lalu mengelap airmatanya sendiri. "Terima kasih oppa sebab sentiasa ada untuk Haesol." Mingyu tersenyum lalu memeluk tubuh wanita itu. 

"Jangan risau sayang. Oppa sentiasa ada untuk sayang." kata Mingyu lalu tersenyum puas.

Kini tiada siapa yang boleh merampas hak miliknya selepas ini.

Yandere Time (Kpop/Kactor)Where stories live. Discover now