Baekhyun. (EXO)

23 0 0
                                    

Minhee POV

"Ke-Kejap... AWAK SIAPA?!" jeritku sambil mengesot ke belakang. Seorang lelaki sedang tersenyum melihat aku menukar pakaian di sebalik pintu. Lelaki itu masuk ke dalam bilik aku tanpa rasa malu. Aku menutup badan dengan tuala. "Minhee..." dia memanggil nama aku. Macam mana dia nama aku dan MACAM MANA DIA BOLEH MASUK DALAM RUMAH AKU?! "...Awak nampak cantik sangat harini." Aku menekup mulut. "Mata perang yang bersinar, bibir merah munggil, ditambah dengan rambut hitam melengkapi wajah cantik." OK. Kenapa dia puji aku? Aku tak pernah jumpa dengan dia. Ini sangat bahaya.

"Ap-Apa jela KELUAR DARI BILIK SAYA SEKARANG!" aku jerit pada dia lalu mengambil penyapu di tepi katil yang kebetulan ada situ. Dia ketawa lalu berubah serius. Aku meneguk air liur lalu memegang penyapu dengan lebih erat. "Maaf. Biar saya perkenalkan diri saya." "No no no. Saya tak nak tahu siapa awak sekarang keluar atau saya-" Dia memuncungkan bibirnya. Ok itu comel eh apa yang aku merepek ni. "Nama saya Baekhyun."

Aku tergamam. Baekhyun? Mata aku mula berkaca.

Dialah pembunuh yang membunuh sebuah keluarga seperti yang disiarkan di televisyen.

"PERGI!" airmata aku mula mengalir. Jadi dialah yang bunuh keluarga aku. "KALAU KAU TAK PERGI AKU CALL POLIS!" Baekhyun ketawa lalu berubah serius semula. Dia lebih menakutkan apabila dia serius. "Ye sayang. Sayalah yang bunuh keluarga awak." kata Baekhyun sambil melangkah ke arah aku. Aku bersiap sedia untuk memukulnya. "Sayang... janganlah pukul saya muahaha!" Aku menggeleng lalu mencapai telefon.

Sebaik sahaja aku mengambil telefon, Baekhyun berlari ke arah aku lalu merampas telefon aku. "H-HEY BAGI BALIK KAT AKU!" Baekhyun membelek telefon aku lalu membuka chat. Senyuman di bibirnya mula pudar apabila melihat semua chat aku. "Awak chat dengan Eunwoo?" "Dia kawan saya!"  Baekhyun mendengus lalu mencampak telefon aku ke lantai dengan kuat, memecahkannya. Aku terkejut lalu menekup mulut. "SEKARANG NI..." Baekhyun memegang erat bahu aku. Aku terdiam. Adakah aku akan mati? "AKU TAK NAK KAU CAKAP DENGAN LELAKI LAIN FAHAM." aku merenung wajahnya lalu mengangguk kerana takut. Baekhyun tersenyum lalu menepuk perlahan kepala aku. "Good girl. Sekarang awak milik saya." Baekhyun meletakkan kepala aku di dadanya. Aku pula terdiam, mengenangkan nasib keluarga aku yang dibunuh oleh lelaki yang sedang memeluk aku sekarang ini.

Yandere Time (Kpop/Kactor)Where stories live. Discover now