Jackson [GOT7]

43 3 0
                                    

Minha POV

"Aku dengar cerita yang akan ada seorang pekerja baru harini." aku memandang Seline dengan rasa terkejut. "Seriuslah?" Seline mengangguk. "Betul Minha. Aku dengar cerita juga yang pekerja baru ni seorang lelaki muda dan kacak. Tak sabarnya nak jumpa dia aaaaa." aku membuat muka taik. Minah ni melebih pula. "Eh eh gedik pula eonni ni." Seline ketawa kecil lalu kembali ke tempat kerjanya. Aku kembali merenung skrin komputer yang dipenuhi dengan statistik dan skala dan sambung kerja. Dalam aku kerja kepala aku tidak berhenti memikirkan siapa pekerja baru itu. Kacak? Berapa umur dia? Dia single ke? Dia kaya ke? (Fuh dasar materialistik kau ni Minha)

"PERHATIAN!"

Aku berhenti menaip dan memandang Keith, pengurus. Kelihatan seorang lelaki sedang berdiri di sampingnya. Lelaki itu.. seperti aku kenal sebelum ini. "Ok harini ada pekerja baru bersama saya pada harini." kemudian Keith menyuruh lelaki itu memperkenalkan diri. "Hai semua. Nama saya Jackson Wang." mataku terus terbuka luas. Jack-Jackson Wang?! Apa dia buat dekat sini?! "Saya harap dengan adanya Jackson disini syarikat kita akan terus berkembang dengan lebih pesat. Ok awak semua boleh sambung kerja." kata Keith sebelum dia beredar ke biliknya. Semua rakan sekerja aku mendekati Jackson dan bertanya pelbagai soalan kepadanya.

"Hahahahaha. Awak semua ni lawaklah." kata Jackson selepas menjawab soalan-soalan yang ditujukan khas kepadanya. "Jackson, saya ada lagi satu soalan nak tanya dekat awak." kata Seline. "Apa dia noona?"

"Awak single lagi ke dah berpunya?" aku yang ketika itu sedang minum air tersedak dan terbatuk-batuk, menyebabkan semua orang memandang aku termasuklah Jackson. Senyuman yang terukir di bibir Jackson mula pudar. Mampuslah aku lepas ni. "Kau ok ke tidak Minha?" soal Seline. "Ak-Aku ok. Aku nak pergi tandas kejap." aku terus bangun dan masuk ke dalam tandas. Apa yang aku tidak sedar ialah Jackson hanya memerhatikan gerak geri aku. "Jackson, jawablah soalan eonni." Jackson menggeleng kepala lalu ketawa." "Ok noona..saya.." Jackson berhenti seketika.

"Taken."

~Dalam tandas

"Oh my god! Apa dia buat dekat sini?!" soalku sambil membasuh tangan. Jackson Wang, seorang lelaki yang aku telah sakiti kini satu pejabat bersama aku? Macam mana aku nak hadap muka dia nanti. Mesti dia sedih kan aku tinggalkan dia. Dahla aku yang sebabkan dia gaduh dengan kawan baik dia...

Flashback~

"JACKSON! Berapa banyak kali aku nak bagitahu kau yang Minha tu aku punya?!" Jackson mengepal tangannya. "Diamlah Mark. Aku sukakan Minha dan Minha pun sukakan aku." Mark ketawa dengan pernyataan Jackson. "Betul ke ni sayang?" soal Mark kepada aku. Aku yang berada dihadapan mereka berdua hanya mendiamkan diri dari awal pergaduhan hinggalah saat ini. Akj keliru. Aku cintakan Mark tapi aku juga ada hati terhadap Jackson? Kekeliruan apakah ini?

"Err.." mulut aku terkumat kamit cuba melontarkan jawapan. "Bagitahu dia Minha. Bagitahu Mark yang kau sayangkan aku!" Wajahku berubah merah, malu dengan perbuatan diri sendiri. "Maafkan saya Jackson." Jackson terdiam. Wajahnya jelas memberikan reaksi kecewa. "Saya sayangkan Mark."

Pedih. Itulah yang dirasai oleh Jackson. Perempuan yang disayanginya melafazkan cinta dengan orang lain. "Jadi apa yang kita buat selama ini hanyalah penipuan semata-mata?" suara Jackson yang serak meruntun hati aku. Sungguh aku tidak sanggup berada di situ. Lebih baik mati dari menahan malu. "See? Minha sayangkan aku Jackson. Sudah-sudahlah kau berangan nak couple dengan dia." kata Mark sambil merangkul pinggang ramping Minha. "Ja-Jadi inilah pengakhirannya?" ujar Jackson kepada Minha. Air mata yang ditahannya jatuh ke bumi. "Dahla sayang. Abaikan budak tak guna ni." kata Mark sebelum membawa aku pergi dari situ, meninggalkan Jackson yang seperti hilang pedoman hidup.

Yandere Time (Kpop/Kactor)Where stories live. Discover now