Lee Jong Suk [Actor]

48 2 0
                                    

"Oppa?"

Itu saja perkataan yang keluar dari mulutku apabila melihat teman lelakiku berlumuran darah.

"Oh. Yena." Jongsuk mengesat darah di pipinya. Wajahnya dilumuri dengan darah yang pemiliknya entah siapa. "Ke-Kenapa oppa berdarah? Apa yang oppa buat?" Jongsuk tersenyum apabila mendengar soalan Yena. "Apa yang oppa buat?" dia mendekati Yena. Yena mula takut lalu menjauhkan diri dari Jongsuk. Keadaan ini berterusan sehingga Jongsuk berjaya mengunci Yena di antara dinding. "Oppa cemburulah bila Yena rapat dengan Poppy." Yena terkejut. Dia cemburu? Poppy tu hanyalah anjing kesayangan Yena. "Poppy? tapi oppa.. Poppy hanyalah seekor anjing kenapa oppa nak cemburu?" Jongsuk ketawa lalu melemparkan senyuman sinis pada Yena.

Jongsuk mendekatkan bibirnya pada telinga Yena. "Sebab dia anjing kesayangan Yenalah oppa cemburu." Yena mendiamkan diri. Takkanlah..

"Op-Oppa mana Poppy?" soalan Yena membuatkan Jongsuk ketawa. "Oppa cuba nak groom Poppy." kata Jongsuk sebelum menghidu bau-bauan di leher Yena. "Wanginya Yena. Oppa suka." Jongsuk merangkul pinggang Yena. "Oppa buat apa dengan Poppy Yena?" soalku dengan cemas. Yena cuba meleraikan pelukan namun pelukan semakin erat. "Op-Oppa.. lepaskan Yena. Ye-Yena nak cari Poppy." senyuman sinis Jongsuk mula pudar. Dia tidak suka bila Yena masih teringatkan Poppy. "Kenapa Yena nak cari Poppy bila oppa ada dekat sini dengan Yena."

"Sudah!" jerit Yena lalu menolak Jongsuk menyebabkan dia terjatuh ke belakang. Yena berjalan sekeliling rumah untuk mencari Poppy. "Poppy mana aw-" Yena terdiam apabila ternampak Poppy terbaring tidak bernyawa dalam tab mandi. Airmata Yena mula mengalir dan jantungnya berasa sakit . Jongsuk berlari ke arah Yena dan memeluknya. "Maafkan oppa Yena. Oppa cuba nak groom dia tapi oppa terkelar leher dia. Yena maafkan oppa tau." Yena sudah tidak tahan lagi mula menjerit-jerit kerana marah. Jongsuk gelabah kerana dia tidak pernah melihat Yena marah sebegini.

"Ye-Yena tenang. Maafkan oppa." Yena sudah tidak tahan lagi. Dia sudah serik dan muak dengan perangai Jongsuk yang mudah cemburu. Bukannya dia kenal Jongsuk untuk sehari dua tapi sudah hampir 3 tahun. Semua haiwan peliharaan yang dibeli Yena dibunuh dengan kejam oleh Jongsuk atas sebab cemburu. Cemburu kerana Yena lebih memberi perhatian pada haiwan peliharaan berbanding padanya.

Yena berlari ke dapur dan mencapai sesuatu, sebilah pisau. Jongsuk melihat Yena lalu terkejut dan takut. "Yena sayang... Letakkan pisau tu... bahaya..." Yena tersenyum sinis lalu ketawa dengan kata-kata Jongsuk. "Bahaya? habistu selama ni oppa pegang pisau pegang parang takpe pula?" Jongsuk terus bisu, tiada jawapan untuk soalan itu. Yena mendekati Jongsuk dan mengacu pisau yang tajam itu padanya. "Sa-Sayang jangan.." Jongsuk mengangkat kedua tangan pada paras dada sebagai tanda menyerah kalah. Yena tersengih lalu cuba menikam Jongsuk.

Tapi Jongsuk lebih tangkas...

Jongsuk dengan satu langkah berjaya memintas pergerakan Yena lalu merampas pisau yang dipegang wanita lalu dicampakkan pisau itu jauh dari situ. Yena yang terkejut dengan gerakan Jongsuk cuba melepaskan diri dari pelukan Jongsuk tapi gagal. 

"SONG YENA."

Cubaan Yena terus mati apabila Jongsuk mula bersuara. Suara yang ditakutinya. Ini bukan Jongsuk yang baik dan penyayang. Dalam sekelip mata, Yena ditahan di dinding. Dia langsung tidak memandang wajah Jongsuk kerana gerun. Jongsuk yang sedang berang itu hanya memandang wanita yang kecil itu dengan perasaan marah. Dia tidak suka dengan perangai kesayangannya itu. Dia PANTANG apabila kesayangannya itu memberontak kerana ego dia akan tercalar dan dia benci apabila egonya tercalar. 

"SONG YENA, PANDANG JONGSUK." 

Yena menutup mata lalu menggeleng. Jongsuk mengetap giginya lalu mendongakkan dagu Yena secara paksa supaya memandangnya. "BUKA MATA, YENA." Yena menggeleng kepala sekali lagi. Jongsuk mendengus marah dengan perbuatan Yena lalu mengangkat Yena dan diletakkan diatas bahunya. "OPPA! TURUNKAN YENA!" Jongsuk tidak mendengar rayuan Yena dan terus membawanya ke bilik kesukaan Jongsuk, BILIK MERAH. Sejurus masuk ke dalam bilik, Jongsuk melempar Yena ke atas katil lalu mengunci pintu. Yena yang dilempar mengadu sakit pada belakangnya lalu mengesot ke kepala katil. 

"Op-Oppa maafkan Yena." Jongsuk menggeleng lalu mengambil gari dari laci almari di sebelah pintu. "Disebabkan Yena biadap dan nak bunuh Jongsuk, Yena akan kena hukum dan Yena hehehe... Hukumannya sangat berat." kata Jongsuk sambil naik keatas katil. Dia merangkak ke arah Yena dengan laju lalu menangkap pergelangan tangan Yena. "OPPA LEPASKAN!" Jongsuk ketawa lalu menggari tangan Yena pada kepala katil. 

"You will face the punishment for your misbehaviour baby." 

Jongsuk mengeluarkan sepucuk picagari berisi dadah lalu menahan Yena supaya tidak bergerak. "Oppa... Ja-Jangan..." Jongsuk mengendahkan Yena lalu mencucuk lengan Yena dan memasukkan ubat penenang ke dalam badan wanita itu. Setelah semua cecair itu dimasukkan Jongsuk mencabut picagari dan memasukkannya ke dalam kocek seluarnya. Yena yang bergerak seketika tadi mula berasa mengantuk. "Oppa..." Jongsuk membaringkan Yena dan menyelimutkan badannya. 

"Mimpi indah sayang..." kata Jongsuk dengan nada yang lembut lalu mengusap rambut Yena. Setelah Yena terlena, Jongsuk mengucup lembut dahi wanita itu lalu keluar dan mengunci pintu untuk membersihkan bangkai Poppy. 

"Lain kali jangan bermanja dengan anjing tak guna tu kalau aku ada dekat sebelah kau."


Yandere Time (Kpop/Kactor)Where stories live. Discover now