Bab 6

232 8 2
                                    

AIMAN P.O.V

"Er.. Macam mana aku nak bagi dia handphone ni?"Gumamku. Handphone yang seharusnya aku serahkan pada Lisa esok aku tenung. Aku kena jugak bagi dia tapi aku tak nak dia tahu identiti aku. Ahh... Macam mana aku nak bagi dia ni? fikir Aiman, fikir!

Hampir setengah jam aku mundar-mandir,ke hulu ke hilir di bilik kerana memikirkan cara agar aku dapat menyerahkan handphone ini tanpa pengetahuan Lisa. Ahh! Menyesal pulak aku cakap nak ganti handphone dia. Sekarang aku mesti fikirkan cara macam mana aku nak bagi handphone ni dekat dia tanpa dia sedar handphone tu aku yang bagi.

"Fisya!" Aku menjerit kecil sambil memetik jari.

Ya, hanya Fisya seorang sahaja yang tahu akan statusku. Itu pun disebabkan ayahnya merupakan rakan baik daddy. Aku dengan Fisya juga telah berkawan sejak kami kecil lagi. Pada awalnya kami menyimpan rahsia yang sama. Kami menyembunyikan status kami daripada pengetahuan rakan-rakan kami, tapi malangnya rahsia Fisya tidak bertahan lama semasa kami berada di tingkatan tiga kerana ada beberapa orang rakan sekelas kami yang terlihat gambar  Fisya dan keluarganya bercuti di Taiwan dan ada juga yang ternampak Fisya menaiki kereta mewah ketika hari terakhir menduduki PMR.

Tanganku terus mencapai telefon yang berada di meja belajarku. Nombor telefon Fisya aku dail. Panggilan pertama tidak diangkat. Panggilan kedua tidak diangkat. Panggilan ketiga, juga tidak diangkat! Sabar Aiman. Sabar.

Aku terus mencuba dengan panggilan keempat.

"Hmm..." Kedengaran satu suara serak basah di corong telefon. Aku menjauhkan sedikit telefonku daripada telinga lalu melihat screen. Takut-takut nanti aku tersalah dail. Tapi betul lah ini nombor Fisya!

"Err.. Ini Fisya ke?" Soalku teragak-agak.

"Eh.. Taklah ni mak cik yang jual sayur kat pasar tu hah... Kenapa? Nak beli sayur ke? Maaflah ye.. Malam-malam macam ni mak cik tak bukak gerai. Kalau nak, pagi-pagi esok mak cik bukak gerai ye.." Bebelnya di talian. Betul lah ni Fisya. Ish.. Apa yang dia merapu ni?!

"Apa yang kau merepek ni?" Soalku geram. Boleh pulak dia merapu time-time macam ni."Apa yang kau merepek ni? Habis yang kau tu call orang tengah-tengah malam ni dah kenapa? Kacau aku nak tidur je lah!" Marah Fisya setelah mengajuk ayatku. Aku mengerling jam digital yang terletak di atas meja belajarku. Alamak! Dah lewat rupanya. Bisikku dalam hati sekaligus menepuk dahiku. "Heheh.. Sorry-sorry, ingatkan awal lagi" Aku tersengih. "Hah.. Kau nak apa?" Soalnya.

"Aku nak minta tolong kau something"

"Hmm.. Nak minta tolong apa Encik Nerd?"

KOTAK telefon yang berbalutkan bungkusan hadiah aku serahkan kepada Fisya.

"Jangan sampai dia perasan" pesanku kepada Fisya. "Yelah,yelah Encik Nerd! Jangan risau. Serahkan je pada aku" ujar Fisya. Aku hanya mengangguk perlahan dan terus berlalu pergi menuju ke kelas. Dari jauh aku dapat melihat Lisa dan Daniel sedang berborak di depan pintu pagar sekolah. Lisa kelihatan tidak selesa ketika sedang berborak dengan Daniel, dia seakan-akan ingin mengelat daripada Daniel kerana matanya asyik meliar melihat keadaan sekeliling. Dan saat itu juga Lisa terlihatku, dia lantas melambai-lambaikan tangannya ke arahku sekaligus mengarahkan aku agar mendekatinya. Mata Daniel pula mencerlung tajam apabila memandangku. Gulp! Apa aku nak buat ni?

Aku masih terpaku, tidak berganjak dari tempatku berdiri sambil berfikir sama ada ingin meneruskan langkah ke arah mereka atau pun tidak menghiraukan panggilannya. Ahh.. Masuk kelas je lah. Aku terus mengatur langkah menuju ke kelas.

Budak Nerd Tu Boyfriend Aku!Where stories live. Discover now