Bab 1

670 14 3
                                    

"Lisa, jangan lupa bawa buku nota sejarah aku esok. Nanti tak pasal-pasal aku kena berdiri kat luar kelas esok" Ujar Fisya yang baru sebulan lebih aku kenali. "Okey" jawabku sepatah.                                        

Katanya Cikgu Maimun a.k.a guru matapelajaran sejarah yang mengajar kami itu sangat garang. Bermacam-macam jenis hukuman yang telah dikenakan kepada pelajar yang tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi olehnya. Melihat wajah Cikgu Maimun yang garang itu pun sudah membuat aku kecut perut. Beberapa minggu lepas setelah beberapa hari aku berada di sekolah itu hampir-hampir sahaja aku menyertai rakan sekelas ku yang lain menjalani hukuman kerana tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi. Itu pun nasib baik Fisya menolongku dengan alasan aku baru sahaja memasuki sekolah itu beberapa hari dan mujurlah dia memahaminya.

"Lisa saya dah nak balik ni" Ujar Fisya sekaligus menghentikan lamunanku. "Oh okay saya pun dah nak balik dah ni. Jom" Aku dan Fisya melangkah keluar dari kelas tiba-tiba aku terdengar satu suara garau memanggilku. Serentak aku dan Fisya menoleh ke belakang untuk melihat siapakah yang sedang memanggilku.

"Dia tu lah Daniel Iskandar a.k.a Playboy sekolah ni" Kata Fisya. Aku hanya menganggukkan kepala tanda faham." Babe, aku pergi dulu eh.. Mak aku tengah tunggu aku ni. Hati-hati dengan buaya tu." katanya sempat lagi menasihatiku. " Okey... See you tomorrow. Bye" Ucapku. "Bye" balas Fisya sambil berlalu pergi.

Aku memusingkan badanku kebelakang sambil melihat Daniel yang semàkin hampir denganku.

"Hai" ucapnya sepatah sambil menghadiahkan senyuman manis kepada ku. 'Hmmm.. Not bad. Tapi sayang seribu sayang, kenapalah muka handsome macam ni jadi PlayboyAku bermonolog dalam hati. Memang tidak ku nafikan mukanya kacak. Dia mempunyai paras rupa yang sempurna. Sempat lagi aku menganalisis muka Daniel yang sedang berdiri di hadapan ku. "Hai jugak" balasku.

"Awak Nur Alisa Damia Ismail kan?" Soalnya. Aku hanya mengangguk kepala. "Saya Daniel Iskandar" dia memperkenalkan dirinya tanpa ku pinta. "Oh" jawabku sepatah. "Selamat berkenalan" ucapnya dengan senyuman sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman denganku. Aku mahu tidak mahu terpaksa jugalah menyambut salamnya.

"Awak petang ni awak free tak? Saya ingat nak ajak awak keluar " katanya. 'Dah kenapa mamat ni?' Bisik hatiku. Daniel hanya memerhatikan aku sambil menunggu jawapan dari ku. Sementara itu otak ku ligat berfikir bagaimana cara untuk menolok pelawaannya. Huh, siapa yang nak keluar dengan playboy  berjaya ni. Dah lah girlfriend keliling pinggang! Nanti Kalau aku keluar dengan dia lepas tu girlfriends dia nampak tak ke naya tu?! Huh silap-silap mati muda aku akibat kena serang oleh girlfriends dia, huh! tak nak aku!

"Er.. Maaf rasanya saya tak bolehlah sebab saya ada class petang ni" bohongku. "Ouh.. Tak pe la kalau macam tu. Maybe next time?" Kata Daniel terpamer sedikit riak kecewa di wajahnya tetapi dia sedaya upaya cuba untuk tersenyum.

"I'll try. Itu pun kalau saya ada masa" jawabku. "Erm.. Kalau dah tak ada apa-apa saya balik dulu. Bye!" Ucapku lalu terus beredar untuk pulang. " Okey.. See you tomorrow dear! Bye!" Ucapnya dengan nada separuh menjerit itu.

Aku hanya mengabaikannya dan terus pulang ke rumah.'Finally home! Here I come!!'

Budak Nerd Tu Boyfriend Aku!Where stories live. Discover now